Berita
"Korang Ingat Badan Besar Memang Tak Bernafsu, Nak Buat ....." - Afdlin Shauki
Siapa kata orang yang mempunyai badan besar tidak boleh melakukan aktiviti kecergasan.
Ternyata tanggapan orang ramai salah apabila selebriti terkenal, Datuk Afdlin Shauki berjaya membuktikan dirinya mampu untuk melakukan apa sahaja yang dia inginkan.
Menerusi muat naik di Instagam, Afdlin berkongsi sebuah video aktiviti yang dilakukan olehnya semasa program Arena Panggang yang berlangsung semalam.
"Korang ingat badan besar memang tak bernafsu nak buat aktiviti kecergasan ke.
"Korang silap.Tag kawan korang yang badan besar tapi cergas," tulisnya.
Rata-rata mengakui terhibur dengan tarian yang ditunjukkan oleh Afdlin dan mereka tidak puas untuk melihat dia beraksi lebih lagi di pentas Arena Panggang.
Must-Watch Video