Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Korang Ingat Badan Besar Memang Tak Bernafsu, Nak Buat ....." - Afdlin Shauki

Badrul Hashim 27/10/2018 | 01:11 MYT
Siapa kata orang yang mempunyai badan besar tidak boleh melakukan aktiviti kecergasan.
Ternyata tanggapan orang ramai salah apabila selebriti terkenal, Datuk Afdlin Shauki berjaya membuktikan dirinya mampu untuk melakukan apa sahaja yang dia inginkan.
Menerusi muat naik di Instagam, Afdlin berkongsi sebuah video aktiviti yang dilakukan olehnya semasa program Arena Panggang yang berlangsung semalam.
"Korang ingat badan besar memang tak bernafsu nak buat aktiviti kecergasan ke.

Korang ingat badan besar memang tak bernafsu nak buat aktiviti kecergasan ke.Korang silap.Tag kawan korang yang badan besar tapi cergas. . Jangan lupa EPISOD AKHIR #ArenaPanggang jam 10 Malam ini di Astro Warna & Warna HD. @zonlawak

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

"Korang silap.Tag kawan korang yang badan besar tapi cergas," tulisnya.
Rata-rata mengakui terhibur dengan tarian yang ditunjukkan oleh Afdlin dan mereka tidak puas untuk melihat dia beraksi lebih lagi di pentas Arena Panggang.
#pelakon #Pelakon #Datuk Afdlin Shauki
;