Keluarga Diraja sering mendapat perhatian wargamaya terutamanya jika ada ahli kerabat yang mempunyai paras rupa yang menawan.

Tular di laman sosial Twitter semalam apabila puteri bongsu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah berkongsi foto keluarganya.

Seorang pengguna @Jo_Rahim kemudiannya memberikan pendapat bahawa keluarga Diraja Pahang sebagai kerabat paling menawan di Malaysia.

Namun, ada beberapa wargamaya yang turut mencadangkan keluarga Diraja Perak yang terdiri daripada Sultan Nazrin Shah, Tuanku Zara Salim bersama dua anakanda Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya sebagai kerabat paling kacak dan cantik.

Wajah comel Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya antara yang paling mencuri tumpuan wargamaya.Kelibat mereka berdua yang sering mengikuti Sultan Azlan Shah dan Tuanku Zara ke majlis-majlis rasmi antara yang paling dinantikan ramai.

“Sultan Nazrin Shah is an intellectual, humble dan raja berjiwa rakyat. Tuanku Zara Salim juga seorang yang berpendidikan tinggi,” komen seorang wargamaya.

“Tuanku Zara Salim ada ijazah kelas pertama kejuruteraan kimia. Cantik, bijak, elegan, ad akelas dan seorang permaisuri! Tuanku lah simbol sebenar beauty with brain,” puji seorang wargamaya.

“Tepat! Tiada kerabat yang dapat menandingi kehebatan keluarga Diraja Perak dari segi ilmu, berpengalaman dan rupa,” tegas seorang wargamaya.



“Sultan Perak adalah sultan berjiwa rakyat. Takde skandal pasal apa-apa isu, pandai ada PhD. Sultan kami juga menolak untuk menggunakan dana kerajaan negeri untuk majlis perkahwinan dan gunakan duit sendiri. Sultan kami selayaknya dikenali ramai,” luah seorang wargamaya lagi.

Turut tersenarai sama adalah keluarga Diraja Johor yang turut terdiri daripada kerabat yang berwajah rupawan.