Ketua Paramedik, Dr Song Yingjie, 27, yang bertugas di sebuah klinik di wilayah Hunan dilaporkan meninggal dunia selepas tiba-tiba rebah lapor Awani.

Difahaman Dr. Yingjie meninggal dunia selepas terkena serangan jantung dipercayai akibat tidak cukup rehat kerana bertugas selama 10 hari tanpa henti bagi mengatasi penularan koronavirus.

"Dia ditugaskan memeriksa suhu pemandu dan penumpang setiap kenderaan yang melalui lebuh raya sempadan itu dan difahamkan bekerja tanpa henti sejak 25 Januari lalu.

"Dr Yingjie tiba-tiba rebah selepas balik ke asrama pada awal pagi Isnin lalu," jelas pihak berkuasa tempatan Hunan.

Dalam pada itu, bapa mendiang akui berasa sangat sedih dengan berita kematian anaknya.

"Anak perempuan saya berada di Wuhan dan tidak dapat kembali. Dia terkandas di situ. Anda bertanya kepada saya jika saya bimbang, sudah tentu saya bimbang.

“Kemudian anak saya bertugas di jalan raya. Anda bertanya kepada saya jika saya takut... Sekarang dia dah mati, saya patah hati,” ujarnya.


Sementara itu, pegawai kerajaan berkata, pihaknya membantu keluarga Song untuk pengurusan pengebumian Dr Yingjie.

Terdahulu, Wilayah Hunan adalah lokasi yang terletak di sempadan selatan Hubei iaitu tempat penularan wabak bahaya berkenaan.

Sumber: Astro Awani