Sedutan drama bersiri Jujurlah Nikahi Aku yang disunting oleh seorang pengguna Twitter mendapat perhatian warganet.

Menerusi laman sosial terbabit, pengguna bernama @mizanplus_ menyunting video watak Mak Azah yang dilakonkan oleh Raja Azura yang melumurkan bancuhan tepung ke wajah Nurin, lakonan Uyaina Arshad.

Menariknya, video terbabit disunting seperti iklan cucur sebuah jenama popular tempatan!

"What if cucur adabi gone wrong? #jujurlahnikahiaku," tulis @mizanplus_ sebagai kapsyen.

Rata-rata netizen menyifatkan video terbabit sebagai kreatif dan kelakar.



Malah, ada juga yang terkejut melihat lakonan jahat Raja Azura yang mendera Uyaina kerana ia kelihatan sangat 'real'.

Menurut Uyaina, dia sendiri tak jangka video lumur tepung ini akan diparodikan.

"Saya tengok sendiri, saya rasa terhibur dan kelakar. Netizen sangat kreatif!

"Jadi, secara tidak sengaja video ini membuatkan orang tertanya-tanya, cerita apakah ini?

"Saya gembira video ini tular dan telah diparodikan orang... Ia membantu promosi untuk drama bersiri Jujurlah Nikahi Aku," kata Uyaina ketika dihubungi Gempak.

Tampar ✅ Pukul ✅ Sepak ✅ Pijak ✅ Ludah ✅ Lumur dengan tepung ✅ Agak-agaknya lepas ni apa lagi Nurin akan kena dengan Mak Azah? ? @bambam_studios #UyainaArshad #JujurlahNikahiAku #JNA

A post shared by UA (@uyainaarshad) on

Nak jadikan Nurin celup tepung ke apa ni?! Tolong kecam Mak Azah boleh? @raja_azura . Episode 5, malam ini! ? Jujurlah Nikahi Aku ? Isnin-Jumaat Astro Ria & Ria HD @bambam_studios #UyainaArshad #JujurlahNikahiAku #JNA

A post shared by UA (@uyainaarshad) on

@whitv3 today ♥️ Topik: Betul ke lelaki berjambang & berbulu lebih romantik & pandai memikat? ? What do you think? ? Tudung: Work It by @galeriariani MUA: @syiedamarzuki Stylist: @dean.ishak #UyainaArshad #whitv3

A post shared by UA (@uyainaarshad) on


Video berdurasi 24 saat itu telah mendapat lebih 16,000 ulang kicau serta hampir 11,000 tanda suka di laman sosial terbabit.

Selain Uyaina dan Raja Azura, drama bersiri ini dibintangi oleh Sean Lee, Amar Asyraf, Zaidi Omar, Rita Nadira dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Jujurlah Nikahi Aku setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).