Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kreatif & Lunak! Mula-Mula Naim Daniel Nyanyi Lagu Cucur, Lepas Tu Lagu Roti Pula!

Kamaruddin Razal
03/07/2018 10:43 MYT
Selain berbakat dalam bidang lakonan, pelakon filem Bisik Pada Langit, Naim Daniel juga mempunyai kebolehan untuk menyanyi.

Sudah muncul dengan single perdana yang berjudul Sekali Lagi, bakat nyanyian Naim tidak boleh dipertikaikan lagi.

Sekali Lagi mendapat sambutan positif dan meraih lebih 4.1 juta tontonan di laman YouTube.

Dalam pada itu, pemuda ini juga sering merakamkan lagu cover dan memuat naik video tersebut di laman Instagram miliknya.

Baru-baru ini, Naim memuat naik video dirinya menyanyikan lagu iklan cucur.

CUCUR ADABI (Trap Version) // ND ! TAG KAWAN HANGPA YANG SUKA MAKAN CUCUR ! #naimbikincover #naimians #cucuradabi #launchpad #launchpadcover #chill #vibe #tagafriend #tagsomeone #tagurcrush #tagbae #malaysia

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on


Rata-rata peminat terkejut mendengar rendisi tersendiri lagu iklan tersebut dan menganggapnya sebagai sesuatu yang kreatif.

Beberapa hari selepas itu, pelakon ini turut memuat naik video cover lagu iklan roti nyanyiannya pula.

ROTI GARDENIA THEME SONG (versi lepu lepu ubi) // ND ! Ye, memang bosan tak ada lagu lain nak cover jom triggered berjemaah. Tag kawan korang yang suka makan roti ! #naimbikincover #naimians #malaysiancover #30secondscover #launchpadcover #launchpad #chill #vibe #rotigardenia #tagbae #tagafriend #tagsomeone #tagurcrush #urrequest #mostrequested #malaysia #triggered #melayu #netizen #makcikbawang

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on


Masih kedengaran lunak seperti biasa, netizen menyifatkan penyanyi ini mempunyai masa depan yang jauh dalam bidang nyanyian dan lakonan.

Peminat juga memuji vokal Naim yang mempunyai identiti tersendiri.

Teks: Kamaruddin Razal
Video: Instagram Naim
#pelakon #Penyanyi #Pelakon #Penyanyi #Naim Daniel