Laman Utama

Watie Hanifiah Tak Tahu Siang Ikan Sebelum Kahwin - "Alhamdulillah, Selamat Dah Diterima Sebagai Menantu"

gempak
Amri Hassan
27/12/2023
08:45 MYT
Sponsor Banner
Watie Hanifiah Tak Tahu Siang Ikan Sebelum Kahwin - "Alhamdulillah, Selamat Dah Diterima Sebagai Menantu"
Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mengakui dirinya tidak tahu menyiang ikan sebelum mendirikan rumah tangga.

BERITA TRENDING: Nasi Goreng Ikan Masin Hidangan Pertama Dahlia Rizal Untuk Suami

Jelas Watie, pertama kali bertemu dengan bakal mentuanya, Salamiah Jalani, momen menyiang ikan antara detik yang tidak dapat dilupakan.
"Masa mula-mula jumpa ibu mentua, dia tengah siang ikan sepat, ikan itu boleh melompat. Saya siap termencarut lagi.
"Sudahnya saya terus terang je, segala jenis ikan saya tidak kenal sangat. Jadi siang ikan itu memang tak pernah lah. Sebab selalu makan ayam dengan daging sahaja," tulisnya menerusi hantaran di Instagram Stories

PILIHAN PEMBACA: Watie Tak Lelah Pakaikan Shuib Stoking Hari-Hari

Kata Watie, ibu mentuanya tidak memarahi dirinya, sebaliknya memuji sikapnya yang bercakap jujur.
"Terus ibu mentua cakap, ‘tidak apa tunjuk bodoh, jangan tak pandai tapi buat-buat pandai’.
"Alhamdulillah selamat dah terima saya sebagai menantu," ujarnya.
Bagaimanapun, Watie bersyukur selepas enam bulan berkahwin, dia kini semakin mahir tentang hal-hal berkaitan rumah tangga termasuk kerja-kerja menyiang ikan.
"Tapi selepas kahwin, eh semua benda yang tak boleh jadi boleh. Semua benda yang tak pandai jadi pandai," tambahnya lagi.
Untuk info, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 di Putra Glass Heights.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live