Hiburan
"Kritikan Netizen Jadi Peringatan Untuk Saya" - Siti Sarah
Penyanyi Siti Sarah mengakui kritikan yang dilemparkan oleh sesetengah netizen menjadi peringatan untuk dirinya.
Mengakui kata-kata yang diterima mulanya memedihkan, Sarah menggunakan perkara terbabit sebagai azimat untuk meneruskan kehidupan.
"Sebagai manusia, saya tak boleh lari dari membuat sebarang kesilapan. Apatah lagi hidup sebagai seorang selebriti, semuanya diperhatikan.
Advertisement
"Pada awalnya, kritikan netizen memang menyakitkan tetapi lama kelamaan, saya ambil perkara terbabit sebagai peringatan untuk diri saya. Saya mahu terus memperbaiki diri," kata Sarah.
Menyambut hari lahir ke-36 pada 15 September lalu, Sarah berazam mahu memberikan pengaruh yang baik untuk orang sekeliling.
"Sempena hari jadi, saya berharap agar dikurniakan umur panjang, kesihatan yang baik untuk saya dan keluarga serta rezeki yang melimpah.
"Saya juga menanam impian untuk menggunakan pengaruh yang saya ada sebagai seorang penyanyi. Saya mahu memberikan contoh yang baik kepada peminat dan saya berharap apa yang saya azamkan menjadi kenyataan," katanya lagi.
Terdahulu, Sarah dikejutkan oleh majlis sambutan hari lahir pada minggu lalu dan suaminya, Shuib Sepahtu menghadiahkan jam tangan mewah jenama Rolex berharga puluhan ribu untuk isteri tercinta.
Must-Watch Video