Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

KRU Tak Tergugat Dengan Kemunculan Artis Baru - “Kekuatan Itu Ada Pada Kami Bertiga...”

Ernalisa
11/10/2024 09:55 MYT
Kumpulan KRU menyatakan mereka sama sekali tidak berasa tergugat dengan kemunculan artis-artis baharu.

Menurut Yusry, keunikan dan kelainan genre lagu yang dibawa oleh KRU sejak awal kemunculan mereka memberi kelebihan kepada kumpulan yang popular sekitar tahun 90-an itu.

BERITA BERKAITAN : Guna Elemen Persembahan Penuh Aksi Lasak & Berisiko, Konsert Sulung Drama Band ‘The Hardest Malam Drama’ Cipta Sejarah!

BERITA BERKAITAN : Sarah Yasmine Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Individu Sebar Fitnah, Langgar Perintah Mahkamah

BERITA BERKAITAN : Beza Umur 35 Tahun? “Laki Aku Bukan Laki Kau!” | Motif Trending

BERITA BERKAITAN : Bangga Dengan Pencapaian Teman Wanita, Keith Foo Hadiahkan Riena Diana iPhone 16 Pro Max

“Saya rasa dari tahun 1992 sehinggalah 2018, sudah tentu ada evolusinya. Itu kita memang tidak boleh nafikan.


“Semuanya berbeza, baik dari segi muzik, perwatakan, mahupun video. Jadi, dari segi evolusi, KRU tetap bersinar kerana kami masih bersama hingga hari ini.

“Sampai satu tahap, kami fikir apa lagi yang ingin kami lakukan untuk terus kekal dalam industri ini. Kami ada butang ‘reset’.

“Jadi, dalam enam tahun ini, masing-masing sibuk dengan kerja sendiri, kemudian kami tekan butang ‘reset’, dan cari semula formula kejayaan.

"KRU tetap KRU. Sebetulnya, kekuatan itu ada pada kami bertiga,” katanya.

Tambah Yusry lagi, kecanggihan teknologi masa kini bukan cabaran besar kepada kumpulan lama seperti mereka sebaliknya memberikan satu kelebihan.

“Kami juga menggunakan platform seperti TikTok, dan pernah suatu ketika, lagu kami menjadi FYP.

“Saya masih ingat ada seorang budak lelaki, berusia sekitar 10 hingga 12 tahun, merakam video menyanyikan lagu-lagu KRU.

“Bagi kami, itu semua bukan masalah. Cuma dalam pembikinan lagu, kami perlu menyesuaikannya dengan zaman sekarang. Itu sahaja,” ujarnya.

KRU bakal muncul dengan album terbaharu mereka yang berjudul Kaset pada November ini.

#KRU #Tetap
;