Video penyanyi, KucaiMars berjumpa dengan kembarnya iaitu, Nazrah, seorang gadis yang juga pernah tular di media sosial baru-baru ini menarik perhatian netizen.

Detik lucu itu dikongsi oleh Kucaimars menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya.

A post shared by Kucaimarz (@kucaimars)

Video tersebut telah merakamkan Nazrah yang hanya manis tersenyum dan juga Kucaimars yang tampil berhijab supaya mereka lebih kelihatan seiras.

“Korang jangan gelak, biar aku je sorang! Muka wa baru bangun tidur tu geng,” tulis Kucaimars di ruangan kapsyen dengan nada seloroh.

Berita Trending: Kenali Nazrah, Wanita ‘Unik’ Bersuara Lelaki

Dalam pada itu, pada ruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian video tersebut kerana reaksi Kucaimars pada video tersebut sangat menghiburkan.

“Masalahnya dia lagi kucaimars daripada kucaimars.

“Kucai happy vs Kucai tidak bermaya. Penat sangat nampak tu hahaha.

“Terbahak aku gelak maaf tau,” tulis beberapa netizen.

Sebelum ini, Gempak pernah melaporkan tentang Nazrah, iaitu gadis tular yang bersuara macho seperti lelaki.