Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kucing Banyak Mati, Tunang Jumpa Ulat, Bunga Syak Angkara Sihir! - "Barang Dia Hantar Tu Kuat"

Amri Hassan
11/01/2024 02:55 MYT
Penyanyi rap Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini berkongsi kisah seramnya apabila beberapa ekor kucing belaannya mati satu-persatu.

BERITA TRENDING: Ramai Pertikai Kenapa Bunga Jadi Opening Act Konsert Coldplay Di Kuala Lumpur? Ini Jawapan Tuan…

Permulaan kisah kata Bunga apabila kebanyakan kucingnya mati ketika dia tiada di rumah dan keluar untuk membuat persembahan di lokasi yang jauh.

"Semua mati bila aku jauh atau tak ada di rumah. Dulu duduk kondominium, pertama sekali kucing mati ketika aku ada show di Miri (Sarawak).

"Tapi aku fikir kucing mati sebab terjatuhlah. Tapi benda sama terjadi kat kucing kedua dan ketiga.

"Rumah dah ada jaring, kucing pun tak memanjat benteng balkoni tapi aku fikir ajal dorang terjatuh.

"Kemudian aku pindah rumah landed, terjadi benda sama. Aku pun tak tahu nak fikir apa dah. Suatu hari balik lewat, tiba-tiba ada kesan darah, ingatkan kucing kencing berdarah rupa-rupanya mati keluar darah dari mulut," buka cerita Bunga.

PILIHAN PEMBACA: Kucing Kesayangan Hilang, Bunga Isme Tawar Ganjaran RM500

Pada mulanya, Bunga menganggap kematian kucing-kucingnya disebabkan penyakit sinonim dengan haiwan terbabit iaitu parvo atau keracunan namun hal itu cuba disangkalkan memandangkan kucing-kucingnya hanya tinggal di dalam rumah.

Hal lebih membingungkan Bunga apabila dia dimaklumkan pintu rumahnya yang punyai kunci passcode terbuka luas dan pada hari sama lagi banyak kucingnya mati.

Bunga kebetulan diberitahu seorang kawannya yang punyai ilmu agama bahawa dia mungkin berdepan dengan amalan sihir yang cuba dihantar kepadanya.

"Aku cakap aku pernah mimpi bukan-bukan contohnya kena kejar orang dalam hutan.

"Bukan tak nak percaya tapi tak nak percaya yang ia (sihir) boleh jadi dekat aku sebab aku tak nak lemahkan semangat.

"Bila baca ayat tu (Surah Yunus) dan tekan bahagian pinggang, aku dapat rasakan belah kanan lebih sakit dan ngilu.

"Kata seorang lagi kenalan, dia cakap 'ada tu yang menghantar tapi tak lepas-lepas'," tambahnya.

Manakala, tunangnya turut berdepan situasi menyeramkan apabila menemui ulat di kawasan meja makan.

"Tunang aku pula, dia pun pernah dapat ulat dekat area meja makan sahaja. Dia sapu masuk dalam plastik sampah, minta kawan tengok, check plastik sampah dah tiada ulat tu.

"Kawan aku cakap, mungkin itulah petandanya, tapi dia tak lepas-lepas. Dia juga kata kalau dah sampai kucing boleh mati, maksudnya barang dia kuat.

"Sampai sekarang aku tak tahu sama ada betul atau tak. Aku cuma harap semua okey.

"Kalau betul, aku minta maaf sangat apa yang aku pernah buat yang boleh menyakitkan hati seseorang," tulis Bunga lagi.

PILIHAN PEMBACA: "Ada Tersilap Ingat Saya Angelina Jolie" - Bunga Bergurau, Kata Muka Sama Macam…

#Penyanyi #Viral #rap #Tunang #Kucing #Sihir #Mati #Bunga #Ulat #Parvo