Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang tampil membuka cerita mengenai kemalangan yang dialaminya ketika bersaing di acara keirin Piala Dunia di Brisbane, Australia pagi Sabtu.

Jelas Azizulhasni, insiden yang berlaku di Velodrom Anna Meares itu ibarat ayam kena sembelih.

"Saya terseret jauh, mata dipejam, terasa kulit badan bergeseran dengan permukaan kayu, panass, pedih dan sakit.

"Situasi amat huru-hara, terdengar juga jeritan dari pelumba lain.

"Dalam hati saya hanya mampu menyebut nama Allah dan berdoa supaya tidak ada kayu mencucuk ke dalam tisu badan saya seperti kejadian pada tahun 2011 lalu.

"Apabila seretan sudah berhenti, saya mengerang kesakitan, tidak dapat bernafas hasil dari hentakkan jatuh dan juga di langgar oleh pelumba dari belakang saya pada kelajuan sekurang-kurangnya 70km/h.

"Saya dah macam ayam kene sembelih. Ramai orang mengelilingi saya, saya tidak dapat membuka mata.

"Tapi terdengar suara jurulatih John Beasley, beliau suruh saya baring, relax dan cuba bernafas," kongsinya menerusi entri di Instagram.

Kata Azizulhasni, dia kini masih dirawat di Hospital Princess Alexandra selepas menjalani pemeriksaan x-ray dan imbasan MRI.

Menceritakan semula detik mencemaskan ketika insiden terbabit, kejadian berlaku sebaik loceng dibunyikan tanda tinggal lagi pusingan akhir untuk ditamatkan.

"Saya cuba memecut kehadapan untuk memotong pelumba dari Poland (Krzysztof Maksel) yang berada dihadapan.

"Ketika cuba memotong, pelumba dari Jepun (Tomoyuki Kawabata) yang datang dari belakang juga cuba untuk memecut kehadapan dan memancung saya ke dalam mengakibatkan saya terhimpit dengan pelumba dari Poland dan terus mencium permukaan velodrom bersama beberapa pelumba yang lain," ujarnya.

[Part1] Hello guys, . Ketika saya mengarang posting ini, saya masih berada di hospital. Diatas katil dan baru lepas X-Ray dan MRI scan. Sekarang menunggu berita dari Doktor dan pasukan perubatan di bilik kecemasan Hospital Princess Alexandra. . Jom saya bawa anda semua ketika kemalangan berlaku. Ketika loceng dibunyikan, menandakan tinggal lagi satu pusingan, saya cuba memecut kehadapan untuk memotong pelumba dari Poland yang berada dihadapan. Ketika cuba memotong, pelumba dari Jepun yang datang dari belakang juga cuba untuk memecut kehadapan dan mmemanncunng saya kedalam mengakibatkan saya terrhiimmpet dengan pelumba dari Poland dan terus mencium permukaan velodrome bersama beberapa pelumba yang lain. Panccungaann itu kalau diikutkan seperti datang dgn nniiaattt yg kuuraanngg baekk namun sebagai seorang atlet professional yang berjiwa besar, saya tetap melihatnya dengan positif. Sudah lumrah dalam dunia lumba basikal track ini terutamanya dalam acara Keirin. Jatuh bangun itu adalah adat bertanding dan tidak perlu mengambil perkara seperti ini secara peerribadi. Semua orang mahu menang dan disebabkan itu kadang-kadang benda tidak diingini berlaku. This is the beauty of the sport, sometime you win, sometime you bahamm tanohh. Saya dimaklumkan pelumba Jepun itu di Disqualified kerana salah beliau. Malangnya, keputusan itu tidak menghilangkan sakit dan luka-luka dibadan saya yang sasa ini. . Saya terseret jauh, mata di pejam, terasa kulit badan bergeseran dengan permukaan kayu, panass, pedih dan sakit, situasi amat huru hara,terdengar juga jeritan dari pelumba lain. Dalam hati saya hanya mampu menyebut nama Allah dan berdoa supaya tidak ada kayu mencucuk ke dalam tisu badan saya seperti kejadian pada tahun 2011 lalu. Apabila seretan sudah berhenti, saya mengerang kesakitan, tidak dapat bernafas hasil dari hentakkan jatuh dan juga di langgar oleh pelumba dari belakang saya pada kelajuan at least 70km/h. Saya dah macam ayam kene sembelih. Ramai org mengelilingi saya, saya tidak dapat membuka mata, tapi terdengar suara jurulatih John Beasley, beliau suruh saya baring, relax dan cuba bernafas. [Bersambung]

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang) on


[Part2] . Saya cuba relax kan otot-otot saya semampu boleh dan fokus kepada pernafasan. Sakitnya bukan kepalang. Apabila pernafasan pulih sedikit saya memberanikan diri untuk membuka mata. Saya nampak ramai orang, jurulatih dihadapan saya. Saya beritahu mereka, bahu saya sakit, rusuk hadapan dan belakang belah kanan juga sakit dan saya cakap tolong lah bukak helmet saya ni, lemas! . Helmet saya pecah. Visor juga patah dan tercampak ntah kemana, terasa sakit dengan luka berdekatan mata, barangkali terkena serpihan tersebut. Seorang paramedik lelaki cuba menguji kecerdasan otak kanan saya, beliau bertanya, what’s your name mate? Saya pon cuba menguji kecerdasan otak beliau juga, my name is John Beasley. Kelihatan jurulatih saya menggeleng kepala. Why so serious. Soalan kedua ditanya oleh beliau, do you know where you are now? Saya pon menjawab, i’m in the heaven. Semua orang tergelak. Sekurang-kurangnya semua org reda sedikit dari tekanan termasuk saya. Mereka ingin meletakkan saya di atas stretcher tapi saya memilih untuk bangun dan berjalan walaupun kesakitan. Bukan apa. Saya nak sampaikn mesej kepada isteri dan anak-anak yang berada di tempat penonton supaya mereka tidak risau dan nampak everything is okay, kononnya. Saya pon berjalan terhinjut-hinjut, langkah demi langkah, semua penonton memberikan tepukan tanda penghormatan. . Saya melambai kearah isteri dan anak-anak sambil menahan kesakitan. Nampak kerisauan di wajah mereka. Sedih dan rasa bersalah pula, mereka terbang dari Melbourne untuk melihat dan menyokong saya berlumba, sekurang-kurangnya saya naik podium tak pun masuk final pon dah berbaloi untuk mereka, tapi harini malang sungguh tak berbau, saya gugur macam nangka busuk, busuk kohonggg. Saya dah beritahu isteri, tengok dekat TV cukuplah, tapi beliau semangat nak turun padang. Saya bukan apa, taknak dia dan anak-anak tengok saya dalam keadaan macam ni. Confirm risau dan nak pecah jantung tengok keadaan dan situasi macam ni. Paling saya tak suka nanti ade adegan mata berhujan, ohh nooo. [Bersambung]

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang) on

[Part3] Tapi sudah terlanjur macam ni, sekurang-kurang anak-anak saya nampak macam mana sukarnya abi mereka mencari rezeki sesuap nasi. Kurang-kurang mereka sedar abi mempertaruhkan nyawa nya di atas balapan. Dan busuk-busuk mereka tahu abi mereka ni perwira bangsa,agama dan negara. . Saya dibawa ke pit pasukan Malaysia, masih sukar bernafas dan sakit giat menodai diri saya. Pasukan paramedik dan doktor datang melakukan tugas mereka. Saya naik jemu apabila diaju soalan yang sama. 10orang datang, 10orang soalan sama. Your name? Date of birth? Where do you live? What day is today? Blablablabla (Saya tak marah. Saya paham itu adalah procedure dan tugas mereka. Terima kasih kepada team paramedik dan doktor yang terlibat) . Saya lihat jurulatih mula mengemas barang-barang saya semua dan saya pon tanya, brape lama lagi repecharge (next race) akan start? Bolehkan saya menyambung perlumbaan? Dan jurulatih memberitahu yang dia tidak membenarkan saya meneruskan perlumbaan dan saya harus ke hospital. Saya cakap lagi i will be fine, just one race at the time dan kita tengok bagaimana. Jawapan masih sama dari beliau dan saya tidak berjaya memujuk beliau. Saya hanya dapat melihat skinsuit saya dipotong dan luka saya dicuci, sakit nye ya amat. Nak jerit tapi takot nanti saya bertukar jadi hijau, susah pulak karang. Saya pun dibawa menaiki ambulance dan terus dibawa ke hospital. . Buat waktu ini saya masih menunggu feedback dari doktor akan kondisi diri saya dan berharap tidak ada kecederaan serius. Kepada penyokong saya khusus rakyat Malaysia yang sentiasa berdiri teguh dibelakang saya, seribu kemaafan kerana tidak dapat meneruskan perlumbaan dan tidak dapat mengulangi kejayaan seperti di New Zealand tempoh hari. Saya ingin anda semua tahu yang saya sentiasa bersedia berkorban jiwa dan raga saya demi negara tercinta dan saya berharap anda juga sama seperti saya. Ini hanya pengorbanan kecil dari saya dan bayangkan jika setiap dari kita sama-sama melakukan pengorbanan untuk negara, sudah tentu akan memberikan impak yang besar. Oleh itu, Saya menyeru kepada anda semua, usahlah kita leka dan marilah sama-samalah kita memajukan negara tercinta, MALAYSIA. [TAMAT]

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang) on