Hiburan
"Kulit Putih Atau Gelap Tidak Bermakna Jika Pemikiran Sempit .." - Nourul Wahab
Penyanyi Nourul Wahab meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila ditegur seorang wanita mengenai warna kulitnya.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi sebuah video di akaun Instagram (IG) miliknya.
"Nah! Ni takde filter. Ini colour kulit original I. I takde foundation. Ini bare face.
"Disebabkan soalan dari seorang minah tu pagi ni, saya buat video ini.
"Kalau kita terima apa yang Allah beri pada kita, pada orang lain atau sesiapa saja, kita takkan mempersoalkan.
"Stop to look at people's skin colour. Look at their heart, tulisnya.
Nourul mempersoalkan adakah apabila mempunyai kulit gelap mengganggu penglihatan orang lain, serta tidak mampu untuk mencari rezeki sendiri.
Nourul menegaskan kepada individu tersebut supaya tidak berfikiran sempit.
Nourul menjelaskan dia sudah berumur 41 tahun dan menerima ciptaan Tuhan terhadap dirinya tanpa menghadapi masalah.
Nourul juga memberitahu dia tidak mengambil kisah dengan ketidakpuasan mengenai warna kulitnya.
Nourul menegur sekiranya kritikan ini ditujukan kepada gadis muda, ia akan memberi kesan terhadap pemikirannya.
Nourul berpesan kepada netizen itu supaya menerima diri dan orang sekeliling seadanya sekiranya ingin bahagia.
Rata-rata peminatnya bersetuju dengan teguran yang diberikan serta memuji kecantikkan Nourul tanpa secalit solekan.
Must-Watch Video