Hiburan
Ina Naim Sangkal Dakwaan Didera & Hidup Naif Ketika Bersama Arwah Suhaimi Saad, Anggap Tiada Peti Ais Bukan Isu Besar - “Yang Penting Adalah…”
Nama Ina Naim kembali menjadi sebutan di media sosial apabila muncul di sebuah video milik usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini.
Nafi Hidup Didera & Naif
Menerusi rakaman video tersebut, Ina menjawab persoalan Aliff Syukri yang bertanyakan dakwaan hidupnya didera dan naif ketika bergelar isteri penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad.
Menurut Ina dia menjelaskan bahawa ketiadaan kelengkapan seperti peti sejuk di rumah bukanlah isu besar baginya dan keluarga ketika itu.
Sebaliknya, Ina menganggap kasih sayang, kejujuran dan sikap bertolak ansur dalam rumah tangga lebih perlu diutamakan.
“Peti ais tiada itu betul. Tapi kami selalu ke pasar beli barangan segar.
“Saya rasa, peti ais bukanlah satu benda yang penting untuk rumah tangga tapi yang penting adalah kejujuran, kasih sayang, dan sikap bertolak ansur,” jelas Ina.
Tindakan Ina Dipuji
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.
Rata-ratanya memuji Ina Naim yang bersederhana dalam kehidupan rumah tangga.
Ina Naim selamat bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal Shukor, pada 8 November lalu.
Dalam majlis serba sederhana itu, Ina atau nama lengkapnya Nordiana Md Naim, 40, menerima mas kahwin berjumlah RM100 serta wanga hantaran sebanyak RM7,000.
Terdahulu, Ina mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Suhaimi Saad yang juga bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team pada 2007. Namun Suhami meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
ARTIKEL BERKAITAN: Aura Ina Naim Menyerlah, 22,000 Tonton Pasangan Pengantin Baharu
ARTIKEL BERKAITAN: One In A Million! Netizen Gembira Ina Naim Kembali Jadi Isteri, Puji Suami Baharu Seorang ‘Gentleman’ – “Sekali Lagi Allah Temukan Dia Dengan…”
ARTIKEL BERKAITAN: Tamatkan Zaman Janda, Ina Naim Kembali Bergelar Isteri!
ARTIKEL BERKAITAN: Pesanan Akhir Arwah Suhaimi Saad Jadikan Ina Naim Kuat! - "Selama Ini Yang Menjaga Bukan Abang Tapi ..."
ARTIKEL BERKAITAN: “Miskin, Kaya, Semua Dia Bantu” - Ina Naim Dedah Arwah Suhaimi Saad Gemar Bersedekah, Tak Pernah Iri Hati
Must-Watch Video