Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kumin KU2 Meninggal Dunia Akibat Terjatuh Katil

Amri Hassan
03/09/2020 07:44 MYT
Pelawak Kumin KU2 meninggal dunia kira-kira pukul 12.31 tengah hari pada Khamis akibat terjatuh dari katil di rumahnya di Pandan Indah, Selangor.

Berita duka itu disahkan oleh Exco Agama Persatuan Seniman Malaysia, Salman Al Farisi yang memaklumkan Allahyarham Kumin atau nama sebenarnya Khuzaimi Ismail, 49, dalam keadaan baik sebelum terjatuh dan tak sedarkan diri.

"Kami baru mendapat perkhabaran sedih itu sebentar tadi dan dalam perjalanan ke rumah sewanya untuk menguruskan jenazah.

"Insya-Allah jenazah akan dikebumikan selepas solat Asar," katanya memetik laporan mStar.

Ogos lalu Kumin telah dimasukkan ke hospital selepas mengadu kebas anggota badan akibat serangan angin pasang.

Allahyarham dibawa ke Hospital Ampang dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat Pandan Indah.

Kumin pernah popular sebagai penyanyi duo KU2 namun kemudiannya memberikan tumpuan untuk kerja belakang tabir sebagai pengurus produksi.

KU2 turut dianggotai Allahyarham Bob Kuman dan Husni Mohd Rawi.

Sumber: mStar
#Meninggal Dunia #Jatuh Katil #Kumin KU2
;