Filem Hantu Bonceng 2.0 yang mula ditayangkan sejak beberapa hari lalu terus mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan penonton.

Rata-rata yang sudah menonton karya gandingan Zizan Razak, Taiyuddin Bakar dan Shiha Zikir itu terhibur dengan jalan cerita yang diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim itu.

Malah ramai yang menyifatkan filem itu berbaloi ditonton bersama keluarga termasuk kanak-kanak.

Maka dengan itu tidak hairanlah sehingga ada penonton yang mengambil peluang untuk menyaksikan Hantu Bonceng 2.0 berulang kali.




BACA: Baru Dua Hari, Hantu Bonceng 2.0 Dah Sambar Tangga Pertama Carta Filem Top 5 Astro First

Antara komen-komen diberikan penonton, gelagat karakter Hantu Bonceng 2.0 sangat menghiburkan dan lawak-lawak yang diberikan juga tidak keterlaluan.

Jadi yang belum menonton tunggu apa lagi ya? Alang-alang duduk dirumah, why not saksikan Hantu Bonceng 2.0. Gelak ketawa sama bersama keluarga, best tau!

Selain Zizan dan Taiyuddin, Hantu Bonceng 2.0 dibintangi oleh Shiha Zikir, Joey Daud, Atu Zero, Chew Kin Wah, Acong Sweetchild, Sharif Zero, Amir Raja Lawak, Soya, Erryn Abdullah, Rashdan Baba dan pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-29, Sangeeta Krishnasamy.

Saksikan Hantu Bonceng 2.0 di pawagam rumah anda bermula 11 Februari 2021, di Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim Hantu Bonceng 2.0 di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.