Hiburan

Kurang Muncul Di Kaca TV, Peminat Sangka Ewal Dah Berhenti Menyanyi

gempak
Mya Amri
26/01/2017
11:39 MYT
Sponsor Banner
Kurang Muncul Di Kaca TV, Peminat Sangka Ewal Dah Berhenti Menyanyi
Bekas pelajar Akademi Fantasia (AF2014) Ewal akui jarang muncul dikaca televisyen menyebabkan peminat menyangka dirinya sudah berhenti menyanyi.
“Alhamdulillah, tawaran nyanyian masih ada cuma tawaran yang saya terima ini kebanyakannya daripada persembahan yang tidak melibatkan kemunculan saya di televisyen.
“Disebabkan itu juga, ada peminat salah sangka yang saya sudah berhenti menyanyi. Sebenarnya tidak dan saya masih lagi aktif menyanyi.
“Sebelum ini pun saya ada membuat persembahan dengan Amylia AF dan juga kumpulan Forteen,” jelasnya kepada Astro Gempak.
Bercerita mengenai perkembangan terbaru, Ewal memberitahu dia kini sedang cuba untuk menceburi bidang lakonan menerusi drama berjudul Papa Ricky.
“Rezeki itu ada di mana-mana, mungkin saya kurang mendapat tawaran menyanyi yang melibatkan kemunculan saya di televisyen tetapi rezeki itu datang dari arah lain pula.
“Sebagai contoh drama Papa Ricky, saya anggap ini permulaan yang baik bagi saya untuk ceburi bidang lakonan.
“Ini juga merupakan salah satu cara untuk mengembangkan bakat saya dalam bidang seni,” katanya katanya.
Selain Ewal, Papa Ricky turut dibintangi oleh Fadlan Hazim, Elizad Sharifuddin, Hafizul Kamal dan Wafiy Ilhan.
Jangan lupa saksikan Papa Ricky, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live