Laman Utama

Kurang Sihat, Jacky Cheung Jatuh Atas Pentas Pada Hari Ketiga Konsert Di Malaysia

Maliah Surip
15/08/2023
15:50 MYT
Superstar Hong Kong, Jacky Cheung telah terjatuh saat mendendangkan salah satu lagu hitnya, Zhi Xiang Yi Sheng Gen Ni Zou atau Want To Spend My Life With You pada malam ketiga Konsert Jacky Cheung 60+ Concert Tour in Malaysia, 13 Ogos lalu.
Cheung, 62, bagaimanapun dilihat tetap profesional apabila bangun dan meneruskan persembahan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil di Kuala Lumpur.
Menerusi laporan media Cina dan tempatan, Cheung yang meminta maaf kepada penonton selepas insiden tersebut sempat memberitahu dirinya sedang mengalami masalah Meniere atau gangguan pada telinga sekaligus membuat dia kehilangan keseimbangan badan.
“Ia terjadi (gangguan Meniere sebelum konsert berlangsung namun tidak pernah berlaku sewaktu persembahan.
“Saya seharusnya menutup mata supaya tidak berasa pening tapi tidak gembira jika tidak dapat melihat anda semua.
“Dan saya rasa anda semua akan berasa kurang selesa jika saya menutup mata saat menyanyi,” katanya seperti dilaporkan The Star.
Beberapa potongan video yang memperlihatkan Cheung jatuh di atas pentas juga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya.
Ada yang menasihatkan agar Cheung berehat dan menjaga kesihatan dengan baik agar insiden sama tidak berulang atau menjadi lebih teruk.
Jadual Cheung saat ini sangat padat apabila beliau melakukan konsert dalam tempoh yang lama sejak Julai sehingga akhir bulan ini.
Beliau malah baru menyelesaikan konsert selama 11 hari di Singapura sebelum kini berada di Malaysia untuk siri yang sama selama enam hari. Persembahan terakhir Cheung dijadual pada 20 Ogos ini.
Bintang tersohor itu diketahui sudah mengalami masalah Meniere sejak kecil. Meniere diketahui turut memberi gangguan kepada kepala (pening) dan kehilangan pendengaran.
BACA: Jacky Cheung Kalahkan Coldplay, Taylor Swift Buat Konsert 11 Hari Di Singapura!​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

8 Kawasan Di Malaysia Catat Cuaca Panas Di Tahap Berjaga-Jaga

gempak
26/07/2024
05:55 MYT
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di lapan kawasan di Semenanjung hari ini.
Hiburan

Malaysia Jadi Tuan Rumah BEYBLADE X SEA Cup 2024, Layan Juga Siri BEYBLADE X Di Astro Ceria!

gempak
25/07/2024
17:55 MYT
Para peminat permainan gasing moden dari Jepun, BEYBLADE, dari seluruh Asia Tenggara berkumpul bagi menyaksikan pelancaran BEYBLADE X Southeast Asia Cup (SEA Cup) 2024 baru-baru ini.
Hiburan

THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!

gempak
25/07/2024
16:55 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat- peminat K-Pop selepas penganjur konsert Star Planet mengumumkan kedatangan kumpulan bintang idola K-Pop, The Boyz ke Malaysia buat kali pertama.
Viral

Tak Sampai 15 Saat, Kos Hukuman Gantung Di Malaysia Mahal - “Macam Tak Berbaloi…”

gempak
24/07/2024
12:55 MYT
Seorang pengguna di aplikasi X berkongsi kos hukuman gantung pesalah di Malaysia yang didakwa mencecah RM1,975 seorang.
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.