Pelakon Syafiq Kyle menjelaskan keadaan tubuh badannya yang kelihatan semakin susut bukan disebabkan oleh masalah tekanan atau depresi.
Kata Syafiq, 28, tekanan kerja yang dihadapi hanya dalam tempoh sementara dan tidak mengganggu aspek lain terutama fizikal badannya.
"Alhamdulillah, saya terhindar daripada masalah gangguan mental atau emosi tidak stabil. Namun saya ada masalah 'stress' setiap kali mendapat watak baru.
"Ramai yang tidak tahu perkara ini. Tapi, memang setiap kali dapat skrip baru saya akan berdepan dengan tekanan untuk memberikan hasil terbaik kepada penonton.
"Malah tahun lalu saya akui mengalami tekanan dalam kerja apabila terbabit dengan kerja tanpa henti daripada awal tahun. Tetapi mujurlah tahun ini saya menyusun karier dengan baik dan lebih teratur," katanya kepada Gempak.
Syafiq yang ditemui pada pertunjukan fesyen Rico Rinaldi di GMBB Kuala Lumpur baru-baru ini menjelaskan dia menurunkan berat badan demi filem terbaharunya yang bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi.
"Bulan ini saya akan memulakan penggambaran filem Algojo yang bersifat antihero bersama pelakon Amirul Affendi.
"Disebabkan watak dalam filem ini memerlukan saya menurunkan berat badan, jadi itu yang ramai melihat saya sedikit susut. Dalam filem ini saya memegang watak sebagai 'street fighter'," tambahnya.
Saksikan karya lakonan Syafiq Kyle yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!
Amri Hassan
Thu Mar 12 2020
Adira Tenang, Datuk Red Tunduk Sayu Lafaz Cerai Talak Satu
Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.
Adira Suhaimi Tetap Tenang Biarpun Rumah Tangga Dengan Datuk Red Bakal Berakhir - “Keputusan Saya Tetap Sama”
Rumah tangga bakal berakhir, penyanyi Adira kelihatan tenang apabila tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat bersama peguam syarie, Nor Saidah Zakaria untuk lafaz perceraian pada pagi, Rabu.
Ippo Hafiz Minta Kakak Tak Campur Urusan Rumah Tangga - “Dia Mungkin Tak Tahu Masalah Luar Dalam…”
Harap selesai dengan baik.
Norman & Marissa Kembali Berbaik, Netizen: “Tak Ada Pun Saya Tengok Ahli Keluarga Yang Memulaukan Dia”
Pelakon Norman Hakim dan anaknya, Marissa Dania sekali lagi menarik perhatian umum apabila membintangi iklan bagi jenama hidangan daging frozen popular tempatan.
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.