Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Kurus, Cuma Perut Besar Sangat” - Sharifah Shahirah Kongsi Pengalaman Hamilkan Anak Berat 4 Kg!

Syafiqah Jalal
21/10/2019 11:20 MYT
Pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah mendedahkan berat anak bongsunya Adeena, 3, ketika dilahirkan mencecah sehingga 4 kilogram (kg).

Menurut Shahirah atau Shiera, ketika dia sedang hamil anak kelima itu, perutnya kelihatan sangat besar dan tidak padan dengan tubuhnya yang kurus.

“Masa mengandungkan Dey Dey… Kurus, cuma perut besau naw dekat 4 kg lah pulak keluar.

“Macam letak bola ye... Besar.. Jalan pun menyeret.

"Lepas beranak... Ambik, lagi besar... Makan sedap mak dia ya. Tak surut-surut… Kembar air..lol,” tulisnya.

Shiera berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya ketika hamil.

Foto tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata terkejut melihat perubahan tubuhnya ketika itu.

Namun terdapat juga pengikutnya yang merasakan tubuhnya kini sudah ideal dan meminta Shiera supaya tidak terlalu kurus.

Shiera mempunyai lima orang anak termasuk seorang anak, Allisya merupakan hasil perkahwinannya terdahulu bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt.

Empat lagi anaknya merupakan hasil perkahwinannya bersama pelakon Ijoy Azhari iaitu Airell , 16, Airra, 13, Audra, 11, dan Adeena, 3.

Masa ngandung kan dey dey ...kurus..cuma perut besau naw...kat 4kilo laa pulak kluar Macam letak bola ye..besau..jalan pun menyeret Lepas beranak...ambikkk lagi besau...makan sedap mak dia ya Tak surut2 Kembar air..lol #2016

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

#pelakon #Hamil #Sharifah Shahira #Mengandung #Hamil #Pelakon #Shiera
;