"Kurus Macam Ikan Bilis & Tak Cukup Zat" - Ini Cara Amyza Aznan 'Sekolahkan' Netizen Biadap

Rozaimi Zubaidi
Januari 31, 2019 07:14 MYT
Pelakon Amyza Aznan mengakui kesal apabila sering menerima komen negatif daripada netizen di media sosial.
Menerusi entri di Instagram (IG), Amyza tampil untuk menyindir seorang netizen yang menggelarkan dirinya seperti seekor ikan bilis.
"Ye la. Memang betul, cantiknya awak ye. Suka teknik kening. Lipstick awak. Eye shadow. Wow sangat.
"Ni kompom teknik terbaru ni, awak kata awak makeup consultant.
"Nanti nak suruh dia makeupkan Cik Gayah sama macam ni. CIK GAYAH HAVE HAVE SUKA LA," tulisnya.
Rata-rata mengakui terhibur dengan kapsyen yang ditulis oleh Amyza dan berharap agar orang ramai tidak keterlaluan ketika memberi sebarang komen.
#pelakon #Pelakon #Amyza Aznan