Hiburan
"Kurus Salah, Gemuk Salah" - Nampak Makin Kurus & Pucat, Dafi Nafi Sakit
Tampil dengan sosok tubuh yang semakin cengkung dan pucat, penyanyi dan pelakon Dafi Ismail menafikan dirinya kini sedang sakit.
BERITA BERKAITAN : Merinding...Suara Zara Zya Tiba-Tiba Bertukar Jadi Garau Masa Sebut Perkataan 'Iblis'
BERITA BERKAITAN :Paula Verhoeven Kata Suami Sibuk, Baim Wong Tak Tahu Isteri Tunai Umrah
BERITA BERKAITAN : 7 Tahun Masalah Berkomunikasi, Autism Dewasa ‘Penyelamat’ Rumah Tangga | Motif Trending
BERITA BERKAITAN : Lany ‘Angau’ Dengan Malaysia, Suka Makan Rendang Ayam | GMW Highlights
Jelas Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, tubuhnya kurus mendadak gara-gara dirinya konsisten mengawal pengambilan makanan harian.
"Kita gemuk salah, kurus pun salah. Sebenarnya saya ada release lagu baru bulan Ogos lepas, jadi saya kenalah nampak fit sedikit dan presentable itu sahaja.
Advertisement
"Terima kasih kepada yang concern. Alhamdulillah, saya sihat. Saya tak sakit pun. Tak perlulah fikir bukan-bukan.
"Kalau semua perasan saya mula kurus sejak menjalani penggambaran untuk filem Malbatt lagi. Bukan baru saya kurus, selepas itu saya memang mencuba sehabis baik untuk terus kekal kurus," katanya kepada Gempak.
Menurut bekas bintang Akademi Fantasia musim kelima itu lagi, dia akan melihat perubahan berat badannya yang menyusut berpandukan saiz seluar yang dipakai.
"(Berat) saya ni memang bermusim. Ada masa saya akan bersungguh-sungguh jaga makan. Jadi itu yang menyebabkan saya nampak kurus sangat. Tapi saya okey. Saya gembira dengan apa saya buat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dafi kini giat mempromosikan lagu terbaharunya, Hellooo!, gubahan Shazee Ishak dengan lirik ditulis oleh Altimet.
"Lagu itu mengingatkan kita supaya hidup dengan positif dan sentiasa bersangka baik dengan semua orang," katanya.
Must-Watch Video