“Kurus Sangat Tak Lawa Juga, Nampak Macam Papan” - Peminat Bergaduh Kerana Bentuk Badan Amyra Rosli

Fiza Kamarudin
April 24, 2019 04:03 MYT
Seperti yang semua orang tahu, pelakon Amyra Rosli turun 13 kilogram selepas bersalin dan memiliki bentuk badan yang semakin langsing.
Semalam, Amyra telah memuat naik fotonya menggayakan busana rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini, pada malam Anugerah MeleTOP Era 2019 dua hari lalu, di laman sosial Instagram (IG).
Bagaimanapun, posting tersebut telah mencetuskan perbalahan di kalangan pengikutnya apabila ada sesetengah yang mengkritik bentuk badan Amyra terlalu kurus.
“Kurus sangat tak lawa juga, nampak macam papan,” antara komen yang dianggap ‘kasar’ oleh peminat Amyra.
Mereka menganggap komen tersebut sebagai menghina bentuk badan seseorang (body shaming) dan tidak patut ditulis oleh sesiapa pun.
Sebelum ini, Amyra ada berkongsi rahsia mengenai perubahan bentuk tubuh dan penurunan berat badannya menerusi sebuah posting video di IG.
Posting tersebut juga telah menerima pelbagai reaksi daripada para pengikutnya yang lebih suka ‘Amyra dahulu’ kerana lebih berisi.
Mereka juga meminta Amyra supaya menambah sedikit berat badan dan tidak terlalu kurus seperti sekarang.
Amyra bagaimanapun telah membalas komen-komen tersebut.
“Alhamdulillah, suami saya suka,” tulisnya ringkas.
#pelakon #Amyra Rosli #Amyra Rosli #Pelakon #Berat Badan