Laman Utama
“Kurus Sebab Nak Muka Nampak Kecil” - Gong Yoo Berjaya Turun Berat Badan
Pelakon terkenal Korea, Gong Yoo sanggup menurunkan berat badan untuk mengecilkan bahagian wajahnya.
Menurut Gong Yoo, dia melakukan perkara itu atas tuntutan watak untuk filem terbaharu berjudul Seo Bok bersama Park Bo Gum.
“Sebab saya lakukan diet adalah untuk mengubah bentuk wajah saya. Karakter Ki Heon merupakan seorang individu yang tidak sihat.
Advertisement
“Jadi wajahnya perlu kelihatan sedikit cengkung. Untuk rialisasikan watak itu, selain diet saya juga perlu melakukan senaman.
“Wajah saya juga kelihatan kecil dan otot-otot saya juga sudah kelihatan,” jelasnya.
Terdahulu, Gong Yoo menjadi semakin dikenali selepas drama Korea berjudul Goblin.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi
Must-Watch Video