Mogul kosmetik dan selebriti Kylie Jenner menjadi wanita pertama di dunia yang memiliki lebih 300 juta pengikut dalam media sosial Instagram.

Sehingga artikel ini ditulis, adik Kim Kardahsian itu mempunyai seramai 301 juta pengikut. Ironi dia hanya mengikut 80 pemilik akaun Instagram lain.

Kedudukannya menjadi wanita pertama dunia memperoleh pengikut melebihi 300 juta itu menyingkirkan rekod yang dipegang penyanyi Ariana Grande dan Selena Gomez dengan sekitar 289 juta pengikut setiap seorang.

Pada saat pengikutnya bertambah, pasangan rapper Travis Scott ini sempat tidak mengemas kini akauannya untuk satu tempoh masa yang agak lama, terutama selepas tragedi kematian beramai ramai di konsert Scott pada November lalu.

Jenner yang hamil anak kedua dilihat kali terakhir memuat naik foto di Instagramnya sekitar tujuh hari lalu dengan kapsyen berbunyi: “Saya wanita”. Foto tersebut telah mendapat sehingga 13.7 juta likes.

Sebelumnya, dia sempat berkongsi foto terkini dirinya yang sedang hamil dalam warna hitam putih dan mencoretnya mengenai tahun 2021 dan harapan pada tahun ini.

“Saya mengira setiap perkara baik yang terjadi sepanjang tahun 2021 dan semoga tahun ini juga diisi dengan cinta dan hal yang baik baik. Semoga semua boleh menjaga kesihatan dan diri kalian dengan baik,” tulisnya.

Sementara itu, untuk lelaki, pesohor bola sepak Cristiano Ronaldo masih menjadi lelaki paling ramai diikuti di dunia dengan 388 juta pengikut.

Instagram: @kyliejenner