"La Dah Kahwin Rupanya" - Netizen Tak Sangka Aprena Manrose Isteri Orang

Zulaikha Yusof
November 14, 2018 04:06 MYT
Pelakon Aprena Manrose, 25, berkongsi sekeping foto yang telah menarik perhatian netizen di akaun Instagram (IG) miliknya.
Semuanya gara-gara foto bersama suaminya, Mohd Afiq Hazman beserta kapsyen sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Terdapat segelintir peminat Aprena tidak menyangka yang dirinya sudah berkahwin selama dua tahun.
"@syafiqmmn: Hah dah kahwin 2 tahun..Aku ingatkan tu adik dia..Rupa-rupanya suami..Sampai hati kenapa tak bagitau awal-awal..Habistu selama ni yang aku kumpul duit ni untuk sapa..Perempuan suka bagi fake hope..Takleh terima kenyataan la..Hmm..Siapa yang baca komen ni tolong bagi cadangan kat saya cara nak lenyap dari dunia ni."
"@rastakidt: Done unfollow @mrsaprenamanrose."
"@nuraimayn: Laa dah kahwin."
"@marsya_here: Laaa dah kahwin rupanya."
"@faze.cruel: Terstalker bini orang."
"@azghril: Rasanya dah boleh unfollow."
Namun, ada pengikut yang mengambil kesempatan untuk mencoretkan ucapan sempena ulang tahun perkahwinan pasangan itu serta mendoakan semoga mendapat cahaya mata.
Aprena dan Afiq mendirikan rumah tangga pada 12 November 2016.
#pelakon #Pelakon #Aprena Manrose