Pelakon Sharifah Shahira meluahkan rasa kurang senangnya apabila terdapat seorang netizen cuba melabelkan kerjaya artis sebagai syaitan.

Shahira atau lebih mesra dengan panggilan Shiera berkongsi perbualannya bersama individu tersebut menerusi satu posting di Instagramnya.

Berdasarkan gambar 'screenshot' tersebut, wanita yang dikenali sebagai Alizah dilihat cuba melakukan provokasi dengan melabelkan artis sebagai syaitan.

"Salah ke saya cakap serupa syaitan. Kenapa semua artis ni tak boleh tunjuk contoh baik pada bangsa," kata individu berkenaan.

Menerusi posting tersebut, Shiera dilihat turut membalas tuduhan berkenaan.

"Jangan menghukum orang kalau dah rasa baik sangat.

"Nak ajak gi mahkamah tak nak, aku cakap nak jumpa terus diam.

"Nak sangat tahu artis serupa setan, tak apa kami paham kami setan. Tapi ini lagi seram dah baling batu lari," katanya.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen kesal apabila individu berkenaan sanggup mengeluarkan perkataan berbaur penghinaan.

Tidak kurang juga yang menyifatkan tindakan wanita tersebut sebagai stratergi untuk mempromosikan akaun Instagramnya.

Terdahulu Shiera pernah meluahkan rasa kesal terhadap sikap netizen yang gemar menjatuhkan hukum tanpa mengetahui niat sebenar.

Menurut Shiera, netizen terbabit tidak sepatutnya membuat spekulasi yang boleh memburukkan namanya.

BACA:“Lain Aku Tulis Lain Dibaca, Ada Lagi Manusia Cetek” - Suka Sangat Fitnah, Ini Teguran Sharifah Shahira