Sedar atau tidak, sudah 29 tahun Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad pergi meninggalkan kita.
Penghibur serba boleh ini meninggalkan kita lebih awal pada 22 Februari 1992 ketika berusia 38 tahun.
Namun, biarpun selama itu, lagu nyanyiannya masih segar dalam ingatan pendengar.
Sudirman yang memulakan kerjaya nyanyiannya selepas menjuarai program Bintang RTM pada 1976 ini cukup dekat dalam kalangan rakyat Malaysia meliputi semua kaum, agama, usia dan pangkat.
Siapa boleh lupa lagu ‘keramat’ yang dinyanyikan setiap kali menyambut Hari Kebangsaan.
Lagu 31 Ogos terus menjadi ‘evergreen’ sehingga hari ini.
Namun, itu mungkin sebahagian saja yang diketahui tentang Sudirman.
Sebenarnya masih banyak lagi kisah suka dan duka Sudirman sepanjang bergelar anak seni yang ramai tidak tahu.
Justeru, buat anda yang mahu melihat lebih banyak kisah Sudirman, jangan lupa saksikan A&E Biography Sudirman Arshad pada 12 Januari ini jam 8 malam di saluran FAMtv (100).
Anda juga boleh strim di Astro GO.
Untuk rekod, Sudirman yang merupakan lulusan undang-undang Universiti Malaya melakar banyak kejayaan sejurus memenangi Bintang RTM pada 1976.
Banyak lagu nyanyian Allahyarham Sudirman antaranya Salam Terakhir, Merisik Khabar, Pelangi Petang, Anak Gembala, Antara Hujan dan Air Mata sehingga kini menjadi siulan ramai.
Antara pencapaian tertingginya termasuklah memenangi anugerah Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 1987 menerusi lagu Merisik Khabar.
Selain itu, Allahyarham turut dinobatkan sebagai ‘Penghibur Nombor 1 Asia’ pada Asian Popular Music Awards.
Acara anugerah ini diadakan bersama-sama dengan Saleem Music Awards Festival yang berlangsung di Dewan Royal Albert,
London.
Pada 18 Jun 2009, beliau secara rasminya bergelar Dato' Sudirman Haji Arshad setelah pemergiannya selama 17 tahun.
Kakaknya, Datin Rodziah Arshad menerima pengiktirafan itu sebagai mewakili beliau daripada Sultan Pahang (Sultan Ahmad Shah) di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Sudirman juga pernah dicalonkan dalam kategori Bintang Harapan di
Festival Filem Malaysia ke-3 pada tahun 1982 menerusi filem
Kami.Beliau pernah bercita-cita untuk menjadi seorang pengeluar filem.
Mahu tahu banyak lagi? Jangan lupa temujanji anda bersama A&E Biography Sudirman Arshad esok, jam 8 malam di saluran FAMtv (100).