Hiburan
Lagi 2 Bulan Nak Bersalin, Izara Aishah Tak Buat Apa-Apa Persiapan Lagi
Pelakon Izara Aishah masih belum membuat sebarang persiapan untuk menyambut kelahiran anak sulungnya April nanti.
Kata Izara dia akan mula mencari barangan kelengkapan bayi apabila usia kandungannya mencecah lapan bulan.
"Saya belum menyediakan apa-apa persiapan lagi. Entahlah...
"Mungkin apabila sudah lapan bulan baru beli baju dan kelengkapan bayi," katanya kepada HLive.
Selain itu, Izara menegaskan tidak akan berhenti berlakon biarpun statusnya sudah bergelar ibu kelak.
"Ya, mestilah. Saya tak fikir saya akan berhenti berlakon tetapi bergantung pada suami saya juga sama ada dia izinkan atau tidak," tambahnya.
Izara berkahwin dengan anak tiri penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid pada 17 November 2017.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).