Selepas seorang bekas pengurus didakwa membongkar sikap pelakon veteran, Mak Wan dan turut ditunjukkan bagaimana dia melakukan satu upacara aneh yang dianggap bertentangan dengan agama Islam, kini seorang lagi dedah turut menjadi mangsa.

Individu yang dikenali sebagai Anak Tokdin itu difahamkan pernah menjadi pengurus Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa'diah Mohd Daud mendakwa turut teraniaya serta pernah diaibkan.

“Hahaha Allah selalu bersama orang teraniaya. Kau aib kan aku, aku diam tak balas .

“Kasihan sebab dah anggap macam mak sendiri

“Tapi terbongkar jua perangai kau…bukan dari aku tapi dari orang lain,” tulisnya.

Anak Tokdin meluahkan perkara itu di status aplikasi WhatsApp miliknya.

Menerusi status itu dia turut berkongsi laporan berita mengenai bekas pengurus sebelum ni yang dikenali sebagai Mell mendedahkan sikap Mak Wan.

BACA: [VIDEO] Bekas PA Dah Tak Tahan Dedah Sikap Sebenar Mak Wan Latah
BACA: "Di Sana Dia Akan Merangkak Cari Saya"- Mak Wan

Beberapa hari lalu tindakan Mak Wan yang dikatakan melakukan perkara syirik seperti mana yang terpapar dalam video yang tular di TikTok sejak semalam.

Dalam tiga video yang tular itu, terpapar luahan rasa individu itu mengenai sikap Mak Wan dan turut ditunjukkan bagaimana Mak Wan melakukan satu upacara aneh yang dianggap bertentangan dengan agama Islam.

Dalam satu video, terlihat seorang wanita dipercayai Mak Wan dalam keadaan tidak bertudung seperti biasa, sedang menyeru sesuatu.

"Pendampingku, kau datanglah kepadaku. Aku seru engkau datang kepadaku supaya kau halang mereka agar tidak pergi ke sana untuk mengubatkan apa yang telah aku buat kepada mereka," ucap wanita dalam video itu.