Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Lagi Bertambah Selera!" - Risteena Rindu Nak Makan Bersuap Dengan Isa Khan

Amri Hassan 15/04/2020 | 23:09 MYT
Pelakon Risteena Munim meluahkan rasa kerinduan terhadap tunangannya, Isa Khan untuk makan bersama.
Lebih romantis dan membuka selera Risteena seandainya ada yang sudi menyuapnya makan.
"Haih! Rindu nak makan-makan lagi. Kalau kena suap lagilah tambah selera makan.
"Memang tak risau langsung berat badan naik sebab minum Lovit boleh buat berat badan cepat turun," kata Risteena.

Haih! Rindu nak makan-makan lagi. Kalau kena suap lagi la tambah selera makan ? Memang tak risau langsung berat badan naik sebab minum Lovit boleh buat berat badan cepat turun. . Lagi-lagi orang yang ada masalah: •perut buncit •double chin •pipi bulat . @lovit_hq . Just sharing. Goodnight guys!♥️ p/s: nak cantik, kena tidur awal?

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Pelakon filem Blok 404 itu turut memuat naik foto mesranya disuap Isa ketika menjamu selera bersama-sama sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Pasangan itu sering menjadi tumpuan ramai menerusi pelbagai aksi romantis antaranya memotong kuku dan dicucikan kaki.
BACA: Untungnya Risteena! Isa Khan Sanggup Tolong Cucikan Kaki, Potong Kuku, Makan Pun Bersuap!
Malah, baru-baru ini Risteena turut mengirimkan Isa makanan menggunakan perkhidmatan Grab bagi melepas rindu.
BACA: "Masakkan Untuk Dia, Then Kirim Guna Grab" - Alaaa Sweet Sungguh Nur Risteena Masak Untuk Tunang
Risteena, 30, dan Isa, 26, telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.
Terdahulu, hubungan mereka sudah dihidu umum, namun masing-masing mengunci mulut sebelum mengesahkan status perhubungan mereka menerusi satu sidang media pada 6 Disember tahun lalu.
Risteena sepatutnya bertunang bersama pelakon Ikhwan Khairudin, 29, pada 19 Oktober lalu, namun hubungan mereka putus di tengah jalan.
#Isa Khan #Risteena #Makan Suap
;