Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Lagi Cakap, Lagi Bangang” - Syamsul Debat Mohon Abang Tesla Berhenti Keluarkan Kenyataan

Asyikin Mayudin
02/09/2023 08:50 MYT
Isu Abang Tesla sehingga kini masih menjadi perbualan hangat, terbaharu penceramah bebas iaitu Syamsul Debat terpanggil untuk mengulas mengenai perkara itu.

Menerusi video ceramah yang tular di laman sosial, Syamsul menegur tindakan Abang Tesla dan siapa saja yang menjalani kehidupan poligami berkongsi kisah mereka untuk mengajar orang lain.

“Minggu ini teruk betul orang lelaki kena balun, macam hilang nilai kemerdekaan. Ini semua Abang Tesla punya fasal. Saya nak pesan kepada orang yang sudah berpoligami.

“Kalau rasa diri kita ini bukanlah bagus sangat, ada kelemahan, tak usah kongsi dengan orang lain. Selepas itu, kau keluar kenyataan pula nak mengajar orang lain.

“Adil dalam Islam adalah meletakkan sesuatu itu kena pada tempatnya. Itu yang perlu difahami. Lagi cakap, lagi bangang tau?,” tegasnya.

Pada perkongsian yang sama, Syamsul turut mengingatkan Abang Tesla untuk menjaga hati dan perasaan isteri pertama, Nurmajdina Jamari.

“Isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai? Tak kecil ke hati isteri pertama? Tak berhak ke dia untuk dicintai? Hanya untuk dihargai saja? Susah senang sama-sama, habis yang isteri nombor dua dicintai?

“Habis nanti isteri nombor tiga? Isteri ketiga untuk di-apa? Untuk diapa-apakan? Yang keempat? Itulah sebab jangan keluarkan kenyataan kalau rasa diri tidak mempunyai kelayakan nak bercerita. Fikir dulu sebelum bercakap,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Abang Tesla menerima kritikan hebat dalam kalangan netizen selepas memuat naik video yang menunjukkan isteri pertamanya bersetuju untuk dia berkahwin dua.

Ramai memberikan respon negatif terhadap tindakannya itu, dan tidak kurang ada juga yang kecewa kerana Abang Tesla menjadikan kisahnya mendirikan rumah tangga buat kali kedua sebagai kandungan media sosial.

BACA SINI: Abang Tesla Tak Menyesal & Rasa Tak Guris Hati Isteri Pertama? | Motif Trending

BACA SINI: #GTheUntoldStory: Lepas Berpoligami, Hubungan Abang Tesla & Isteri Pertama Macam BF-GF: “Makan Pun Bersuap”


#Syamsul Debat #Poligami #Tesla #Syamsul #Abang Tesla
;