Lagi Kes Gelora Udara, Kali Ini Libatkan Kereta Api Laju!
Firdaus
26/06/2024 02:55 MYT
26/06/2024 02:55 MYT
Penumpang sebuah kereta api di Sepanyol mengharungi perjalanan sukar selama tiga jam apabila tren yang dinaiki bergegar seperti pesawat mengalami pergolakan udara (turbulence) yang teruk, lapor akhbar Metro UK.
BERITA TRENDING:Ibu Mangsa Insiden Pesawat SIA Terima Mesej ‘Kata-Kata Terakhir’ Anak - “Ia Sangat Menakutkan…”
Seorang penumpang merakam kejadian itu ketika menaiki laluan rel berkelajuan tinggi yang menghubungkan bandar raya Madrid dengan Gijon di barat laut Sepanyol baru-baru ini.
BERITA TRENDING:Akibat Masalah Enjin, Pesawat Malaysia Airlines Mendarat Cemas Di Hyderabad
“Kami melantun!
Laluan kereta api tersebut dilaporkan baru selesai dinaik taraf dengan menelan kos sebanyak €4.1 bilion (RM20.7 bilion).
BERITA TRENDING:Penyiasat Cipta Animasi Tunjukkan Keadaan Singapore Airlines Berdepan Insiden Gelora Udara
“Kami melantun! Saya berharap Menteri Pengangkutan atau sesiapa sahaja dapat memberikan penjelasan kepada penumpang (kereta api) AVE 05721,” tulis seorang penumpang, Alex Sanchez di platform X.
Laluan berkelajuan tinggi itu termasuk terowong kereta api ketujuh terpanjang di Eropah, dibuka pada November tahun lalu selepas 20 tahun dalam pembinaan.
Laluan berkelajuan tinggi itu termasuk terowong kereta api ketujuh terpanjang di Eropah, dibuka pada November tahun lalu selepas 20 tahun dalam pembinaan.
BERITA TRENDING:Alami Penurunan Altitud Mendadak, Pesawat Korean Air Terpaksa Berpatah Balik
Kejadian Bakal Disiasat
Sementara itu, syarikat milik kerajaan Sepanyol yang mengendalikan kereta api tersebut memohon maaf dan bakal menyiasat punca kepada kejadian itu.
“Kami menggantung perkhidmatan kereta tersebut bagi menganalisis punca anomali ini dan melaporkan kejadian itu kepada pengeluar. Kami memohon maaf atas segala kesulitan,” katanya.
Sumber: Agensi
“Kami menggantung perkhidmatan kereta tersebut bagi menganalisis punca anomali ini dan melaporkan kejadian itu kepada pengeluar. Kami memohon maaf atas segala kesulitan,” katanya.
Sumber: Agensi