Berita

Ibu Mangsa Insiden Pesawat SIA Terima Mesej ‘Kata-Kata Terakhir’ Anak - “Ia Sangat Menakutkan…”

gempak
Asyikin Mayudin
22/05/2024
04:25 MYT
Sponsor Banner
Ibu Mangsa Insiden Pesawat SIA Terima Mesej ‘Kata-Kata Terakhir’ Anak - “Ia Sangat Menakutkan…”
Kesedihan menyelubungi seorang ibu apabila dia menerima mesej penuh emosi daripada anaknya yang juga salah seorang penumpang insiden pesawat Singapore Airlines (SIA) pada Selasa.

Mesej Daripada Mangsa

Menerusi laporan akhbar The Sun UK, Josh Baker yang dalam ketakutan sempat menghantar mesej kepada ibunya ketika pesawat Boeing tersebut terjunam 2,133 meter akibat pergolakan udara (turbulent) kuat.
“Saya bukan mahu menakutkan kamu, tetapi saya dalam penerbangan yang huru-hara. Pesawat sedang mendarat cemas… saya sayang kamu semua,” kata Josh.
Josh difahamkan dalam penerbangan ke Pulau Bali di Indonesia untuk bercuti sebelum menghantar ‘kata-kata terakhirnya’ kepada orang tersayang.

Penantian Yang Menyeksakan

Sementara itu, ibu kepada Josh iaitu Allison Barker menganggap penantian berjam-jam itu ‘menyeksakan’ selepas menerima mesej daripada anaknya pada pukul 9.10 pagi (waktu tempatan) semalam.
“Ia sangat menakutkan. Saya tidak tahu apa yang sedang berlaku,” kata Allison kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

“Kami tidak tahu sama ada dia terselamat, ia sangat menyedihkan. Ia adalah dua jam paling lama dalam hidup saya,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, Allison melahirkan rasa syukur selepas dia akhirnya berjaya menghubungi anaknya yang memaklumkan dirinya dalam keadaan selamat.
Josh dilaporkan mengalami beberapa kecederaan ringan pada giginya.

BERITA TRENDING: Pelajar Malaysia Kongsi Detik Cemas Insiden Pesawat SIA - “Mereka Jatuh Daripada Tempat Duduk Sehingga Ada Yang Terangkat Sampai…

Dalam kejadian itu, seorang penumpang meninggal dunia dan puluhan yang lain cedera selepas penerbangan SIA dari London menuju ke Singapura mengalami pergolakan udara yang teruk semalam.
Sumber - The Sun UK
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live