Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lagi Kes Hilang, Polis Kesan Remaja Perempuan Hilang Sejak 27 Jun

Gempak
16/07/2024 06:25 MYT
Polis meminta orang ramai membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di daerah ini sejak 18 hari lepas.

Hilang Dari 28 Jun

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Ghani berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Fiffy Arnatasya Abdullah, kira-kira 1 pagi, 28 Jun lalu.

Beliau berkata remaja itu dilaporkan kali terakhir dilihat di Kampung Terusan, Juasseh pada 27 Jun.

"Berdasarkan siasatan awal, kehilangan itu merupakan kali kedua namun pada kehilangan pertama, ahli keluarga remaja berkenaan dapat menemukan dan membawa remaja itu pulang ke rumah.

"Kali ini remaja itu tidak pulang ke rumah sehingga hari ini, difahamkan dia juga tidak bersekolah," katanya.

BERITA TRENDING:Abang Farah Kartini Ke Lokasi Penemuan Mayat

​BERITA TRENDING:Mayat Farah Kartini Ditemui, Dipercayai Dibunuh Individu Dikenali

​BERITA TRENDING:Askar Hilang 19 Hari Ditemui Selamat, Lemah Akibat Kelaparan Dan Dehidrasi

​BERITA TRENDING:Hilang Tanpa Khabar & Pelanggaran Dua Pesawat… Ini 5 Insiden Paling Tragis Dalam Sejarah Penerbangan!

Beliau berkata, Fiffy Arnatasya berkulit kuning langsat, berketinggian kira-kira 150 sentimeter, berat sekitar 45 kilogram dan berambut warna separuh perang, lurus dan panjang separas bahu.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah menerusi talian 06-484 2222.

Sumber: Harian Metro
#Berita #Jenayah #Hilang #Remaja #Fiffy Arnatasya
;