Wanita didakwa kekasih kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine membuat satu lagi pendedahan berkenaan seorang individu lelaki dipercayai penyanyi rap, Caprice.

Sarah menerusi hantaran di IG Story miliknya mendedahkan bahawa individu berkenaan telah mengetahui terlebih dahulu mengenai hubungan cinta Aliff dan Ruhainies.

“Mat yang takut bini ni, mula post pasal saya sebab bini dia dah marah. Dia kata semua kes kes yang dia handle, dia ambil kes yang ada bukti sahaja.

“Walaupun ada bukti yang Aliff dan Ruhainies betul betul ada perhubungan, tetap nak buat dan keluarkan videos tentang Bella dan Muaz,” dedahnya.


Dedah rakaman perbualan

Hantaran IG story itu juga turut mendedahkan rakaman perbualan antara lelaki itu dan wanita berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, Sarah juga turut memberikan gambaran seolah-olah perjuangan individu tersebut terhadap Palestine hanya demi konten semata-mata.

“Sekarang pula nak attack saya... I don't need to be doing any cases to be recording conversations with bullshitters who lie to me.

“Sarah Singapore kening? Okay sahaja daripada content creator yang pergi Palestine, niat bukan untuk tolong orang, tapi nak buat music video untuk content.

“You should start speaking for yourself, instead of speaking about others honestly. Sumpah doh, ada pergi ada balik selalu kalau nak start pasal aib,” tulisnya.

BERITA TRENDING: Sarah Yasmine Spill The Tea Lagi, Kongsi Mesej Romantis, Komplot Aliff Aziz & Ruhainies Nak Jatuhkan Bella Astillah?

Terdahulu, Sarah telah membuat pendedahan dengan berkongsi beberapa paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.

Menerusi perbualan NRF itu juga, nama ‘Emma’ dan ‘Chacha’ juga dipetik mengutuk Bella dengan mengatakan hanya orang tidak bijak saja mempercayai kisah penyanyi dah pelakon itu.

BERITA TRENDING: Tiada Niat Kutuk Bella Astillah, Emma Maembong Akui Silap Tanya Ruhainies - “Saya Minta Maaf Sebab Jadi Kepochi”

Emma bagaimanapun menerusi video yang dikongsikan di Instagram mengakui kesilapannya bertanyakan kepada Ruhainies mengenai khabar angin melibatkan isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah.