Laman Utama

Lagi Perangai Buruk Shafiq Amzah, Adik Ipar Bongkar Kisah Gadai Gelang & Curi Duit Bapa

gempak
Izwan Isa
14/10/2023
02:50 MYT
Sponsor Banner
Lagi Perangai Buruk Shafiq Amzah, Adik Ipar Bongkar Kisah Gadai Gelang & Curi Duit Bapa
Nampaknya, kemelut antara adik Shila Amzah, Shafiq Amzah dan bekas isterinya, Nurul Anis Waheeda masih berterusan.
‘Perang’ media sosial antara dua individu itu terus dimarakkan dengan pendedahan terkini menerusi Instagram Story yang dimuat naik oleh Anis semalam.
“Tak habis-habis dia nak tegakkan benang yang basah. Ni bukti kau gadaikan gelang aku hasil titik peluh aku. Dulu sebab bodoh ikutkan je apa kehendak kau.
“Belum lagu aku buka cerita kau curi duit dalam akaun bapa kau, siap tiru sign check minta tolong kawan.
“Masa ni aku terpaksa minta dekat mak kau pasal gelang aku sebelum aku angkut barang-barang aku dekat rumah kau tu.
“Kau nak aku buktikan lagi yang kau kerja on off? Berbakul-bakul alasan tentang nafkah anak? Hutang aku? Nak pinjam duit aku? Pinjam kereta aku?” tulis Anis.
Menerusi tangkap layar yang dimuat naik, Anis turut menyertakan tangkap layar perbualan Whatsapp antara dia dan bekas ibu mentuanya, Fauziah Sarman.
BACA: “Emak Sudah Tidak Kenal Siapa Nurshahila…” - Fauziah Sarman Nafi Menangkan Anak Lain​
BACA: “Nurshahila, Kau Tanggunglah Dosa” - Fauziah Sarman Tak Maafkan Shila Amzah​
BACA: Rakan Baik ‘Back Up’ Syada Amzah - “Kau Tak Tahu Dia Macam Nak Mampus Kerja…”​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live