Laman Utama

“Nurshahila, Kau Tanggunglah Dosa” - Fauziah Sarman Tak Maafkan Shila Amzah

gempak
Asyikin Mayudin
13/10/2023
04:46 MYT
Sponsor Banner
“Nurshahila, Kau Tanggunglah Dosa” - Fauziah Sarman Tak Maafkan Shila Amzah
Ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman juga meluahkan rasa terkilan dengan tindakan anak sulungnya itu yang dianggap memberi ruang kepada netizen untuk menghina dan mengeji ibu sendiri.
Malah, Fauziah turut memberitahu dia masih belum dapat memaafkan anak perempuannya selain tidak reda dengan apa yang dilakukan penyanyi itu.
"Terima kasih Nurshahila kerana beri ruang untuk orang hina dan keji mak sendiri dalam video live. Allah tahu apa kebenarannya. Buat masa ni mak belum dapat maafkan dan mak tak redha dengan apa yang Shila buat. Stop menipu," katanya.
Fauziah berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram pada pagi Jumaat namun memadamnya selepas beberapa minit kemudian.
Pada perkongsian yang sama, bekas isteri kepada penyanyi Datuk ND Lala itu juga berkata Shila perlu menanggung dosanya sendiri di atas perbuatannya itu.
"Ya Allah. Ampunkanlah segala dosa-dosaku, hanya Engkau yang Maha tahu. Ku serahkan segalanya kepada-Mu kerana sesungguhnya aku milik-Mu. Nurshahila, kau tanggunglah dosa," ujarnya.
Terdahulu, Fauziah mengakui dia sudah tidak lagi mengenali diri sebenar Shila selain memerli menantunya iaitu pempengaruh Ubai yang didakwa menumpang hidup dalam kemewahan selepas berkahwin.
Pada Rabu, Shila menerusi sesi siaran langsung di Instagram selama satu jam dikatakan sudah ‘over limit’ sehingga dia terpaksa mendedahkan masalah yang berlaku dalam keluarganya kepada umum.
Antara pendedahan yang dibuat adalah mengenai isu menjual rumah pusaka, sisi buruk dua orang adiknya iaitu Syafiq dan Syada, sikap bapaknya yang suka mengongkong dan banyak lagi.
BACA SINI: “Emak Sudah Tidak Kenal Siapa Nurshahila…” - Fauziah Sarman Nafi Menangkan Anak Lain
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live