Selepas tampil dengan Iman Mutiara 2019 November lalu, vokalis asal kumpulan Raihan, Nazrey Johani sekali muncul dengan karya terbaru berjudul Sesungguhnya 2020.

Lagu berkenaan dimuat naik di YouTube rasminya, Nazrey Johani Mgmt Channel pada Selasa lalu.

Tambah menarik lagu berkenaan turut menampilkan penyanyi, Dwi Dina.

Sehingga kini video muzik lagu berkenaan telah ditonton sebanyak lebih 467, 547 kali.

Menerusi ke ruang komen, rata-rata peminat memuji susunan muzik Sesungguhnya 2020 yang kedengaran sedikit berbeza daripada versi asal.

Tidak kurang juga komen-komen nakal membandingkan lagu berkenaan dengan Sesungguhnya 2019 yang dinyanyikan oleh Alif Satar dan Raihan.

Anda boleh dengar versi terbaru di bawah.

Untuk rekod, kumpulan Raihan asalnya dianggotai Nazrey, Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim, Amran Ibrahim dan Allahyarham Azhari Ahmad.

Bagaimanapun, Nazrey mengundur diri daripada Raihan pada 2006.

BACA: "Legend Sudah Kembali" - Vokalis Asal Raihan Nazrey Johani Tampil Dengan Iman Mutiara 2019!