Hiburan
Azlan Komeng & Isteri Jual Minyak Urut, Niat Untuk Bantu Golongan Memerlukan -" Bukan Nak Kaya Mana Cuma…”
Asbab kini mampu berjalan disebabkan minyak urut buatan sendiri, isteri kepada Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz berkata dia dan suaminya kini rancak menjalankan perniagaan minyak urut secara kecil-kecilan.
BERITA BERKAITAN: Azlan Komeng Bagaikan Dapat Kaki Baharu, "Kini Boleh Berjalan Sepenuhnya -" Semuanya Asbab Minyak Nilam..."
BERITA BERKAITAN: Dari Lumpuh & Kini Mampu Berjalan, Azlan Komeng Terhutang Budi Dengan Isteri - “Sewaktu Saya Tidak Berkemampuan Untuk…”
Ingin membantu golongan yang memerlukan, Nilam berkata dia dan Azlan memilih untuk menjual minyak tersebut disebabkan keadaan aktor itu yang kian bertambah baik.
Selain untuk menampung kehidupan sekeluarga, nawaitu utama pasangan suami isteri ini hanya mahu berkongsi kebaikan minyak itu.
Menceritakan pengalaman Azlan yang kini boleh berjalan, Nilam memberitahu semua itu adalah berkat usaha bantuan ibunya yang juga merupakan bidan kampung.
“Sebenarnya ini semua atas izin Tuhan abang boleh berjalan dan berkat usaha kami juga. Mula-mula saya memang buntu dan akhirnya saya minta pandangan mak.
"Jadi mak yang tolong carikan bahan-bahan akar kayu dan dia (mak) pos semua dari Thailand. Mak ajar saya buat minyak urut dari video call sahaja.
"Dalam lima hari abang pakai minyak Herba Nilam macam tak nampak kesan. Lama-lama abang kata macam panas. Rupanya itu tindak balas minyak berkenaan.
“Sekarang ini kami nak kongsi pula kebaikan dan mujarab minyak Herba Nilam pada yang memerlukannya,” katanya kepada Gempak.
Nilam dan suaminya juga meluahkan rasa syukur dengan maklum balas yang diterima daripada pembeli yang amat menggalakkan.
"Bila orang beli dan cakap minyak ini bagus kami gembira sangat. Kami bukan nak kaya, tetapi lebih kepada niat nak bekongsi sebenarnya.
"Tak sangka ramai yang sesuai dengan minyak saya jual. Mula-mula sekadar kongsi dengan kawan-kawan terdekat. Tetapi makin lama makin ramai pula yang bertanya.
"Syukur sangat kalau minyak urut itu membantu," katanya.
Oktober tahun lalu, pelakon Azlan Komeng dan isterinya, Nur Nilam Ortiz terlibat kemalangan di Kuala Lipis, Pahang.
Kejadian itu turut menyebabkan Nilam cedera di tulang rusuk, muka dan kepala akibat terhentak.
Bagaimanapun, anak mereka tidak mengalami kecederaan.
Difahamkan ketika itu, Azlan atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menjalani sesi uji bakat di Kuala Lipis.
Must-Watch Video