Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Lagi Sekali Buat Kejutan, Aina Abdul Hadir Ke Karpet Merah ABPBH36 Dengan Bas Bersama Peminat - “Lambang Kepada…”

Firdaus
11/10/2024 13:28 MYT
Penyanyi yang terkenal dengan gelaran ‘Ratu Fesyen Pelik’, Aina Abdul sekali lagi mencipta kejutan apabila tiba di sesi karpet merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36 dengan menaiki bas.

Ketibaan pelantun lagu Puas Sudah pada pukul 8.53 malam itu turut diiringi kira-kira 30 orang peminat.

Aina berkata ketibaannya dengan menaiki bas kerana kenderaan tersebut merupakan lambang kepada konsert jelajah ‘Imaji’.

“Bas Imaji, lambang kepada konsert jelajah Imaji. Hari ini saya hadir sebagai diri saya, Aina Abdul.

“Bas ini adalah simbolik kepada peminat saya,” katanya ketika ditemui Gempak.

Tahun ini, Aina tercalon bagi kategori penyanyi wanita popular yang turut bersaing dengan Ernie Zakri, Adira Suhaimi, Stacy dan Siti Nordiana.

Imbas kembali, pelantun lagu ‘Sumpah’ membuat kejutan dengan menaiki sebuah lori lutsinar sewaktu sesi karpet merah ABPBH edisi tahun lalu.

BERITA TRENDING; “Selalunya Salahkan Lelaki, Zaman Sekarang Tak Pelik Kalau Isteri Pun Banyak Dah Curang” - Erma Fatima ‘Back Up’ Baim Wong

BERITA TRENDING: "Ayah Janji Akan Jaga Tuah Sampai Hujung Waktu..." - Remy Ishak

BERITA TRENDING: ”Dah Lama Perasan Sebenarnya, Tapi…” - Netizen Approved! Wajah Fattah Amin Dikatakan Seiras BTS Jungkook Versi Malaysia

BERITA TRENDING: KRU Tak Tergugat Dengan Kemunculan Artis Baru - “Kekuatan Itu Ada Pada Kami Bertiga...”

#ABPBH #peminat #Abdul #Kejutan #Aina
;