Pelakon Aedy Ashraf berkongsi foto terbaru yang mencuri tumpuan netizen.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Foto itu memaparkan Aedy berambut panjang, tidak berbaju dan memegang kepala patung yang menyerupai wajahnya.

Meninjau ke ruangan komen entri tersebut, rata-rata netizen meninggalkan respon berbeza mengikut pandangan masing-masing.

Kebanyakkan mereka menyifatkan foto itu menyeramkan namun ada juga yang menyukai imej artistik pelakon berusia 26 tahun ini.

"Lagi seram dari Annabelle.

"Mula-mula tengok seram, banyak kali tengok okay juga style.

"Duduk rumah jangan macam ni Aedy, seram.

"You macam ni pun I tetap suka tau,"
tulis netizen.

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf) on








Namun begitu, Aedy tidak menulis sebarang kenyataan di ruangan kapsyen mahupun membalas komen para pengikutnya setakat ini.

Difahamkan, foto itu diambil ketika sesi fotografi bagi majalah fesyen dan gaya hidup, EH!.

Sedikit info mengenai Aedy, pelakon kelahiran Kelantan ini mulai aktif di industri hiburan tanah air pada tahun 2003 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.