Lagu Anak Bangsa Malaysia yang dinyanyikan oleh Hazama menampilkan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Amin Iskandar ini berdurasi 4:08 minit dan disampaikan dengan penuh bertenaga oleh Hazama serta ia diselitkan dengan kata-kata dari Tun M sebagai penutup.

Berikut merupakan kata-kata Tun M di akhir lagu Anak Bangsa Malaysia:

Anak bangsa Malaysia.
Bangsa kita bangsa merdeka,
Gagah dan kuat kerana kepelbagaian,
Dari yang banyak menjadi satu,
Membawa negara ke persada dunia,

Walaupun terdapat perbezaan,
Tembok pemisah kita robohkan,
Bersatu padu tanpa kira warna kulit,
Kerana kita adalah...
Anak bangsa Malaysia!


Lagu ini mendapat respon yang baik oleh pelbagai lapisan bangsa yang meninggalkan komen di entri muat naik lagu terbabit.



Dimuat naik di laman Facebook rasmi milik Tun M, pada Ahad lalu, lagu ini telah mendapat lebih 250,000 dan dikongsi hampir 1,000 pengguna laman sosial tersebut.

Jom kita layan lagu Anak Bangsa Malaysia di bawah: