Hiburan

Lagu Baru Dikaitkan Dengan LGBT, Ini Penjelasan Azlan & Yonnyboii

gempak
Asraf Aided
11/08/2020
11:29 MYT
Sponsor Banner
Lagu Baru Dikaitkan Dengan LGBT, Ini Penjelasan Azlan & Yonnyboii
Video Muzik lagu Kelabu nyanyian Azlan The Typewriter dan Yonnyboii yang mula ditayangkan di saluran YouTube Indigital Music 7 Ogos lalu mendapat sambutan positif dari peminat.
Namun pada masa yang sama, adegan penggunaan payung berwarna-warni dalam video muzik itu telah mengundang kritikan dari segelintir peminat yang menganggap ia sebagai satu simbol ideologi LGBT.
Ekoran itu, Gempak telah mendapatkan penjelasan daripada Azlan dan Yonnyboii sendiri untuk mengetahui perkara sebenar.
Menurut Azlan, penggunaan payung warna-warni dalam video muzik itu mempunyai maksud lain dan tiada sebarang kaitan dengan ideologi LGBT.
"“Kalau ada yang menganggap adegan yang terkandung dalam video muzik ini berkaitan dengan LGBT atau apa sekali pun, itu hanyalah persepsi mereka semata-mata, tidak ada kaitan pun sama sekali untuk mempromosi ideologi tersebut.
“Payung yang digunakan memang berwarna-warni untuk melambangkan kehidupan yang pelbagai warna. Biasanya pelangi akan muncul selepas hujan dan menggembirakan sesiapa sahaja yang melihatnya," katanya kepada Gempak.
Sementara itu, Yonnyboii menambah tentang maksud di sebalik tajuk lagu tersebut.
"“Begitu juga dengan Kelabu, meskipun hidup diselubungi pelbagai masalah, percayalah masih ada kegembiraan dan kebahagiaan yang akan dinikmati selepas itu. Apa yang penting jangan putus harapan," tuturnya.
Terdahulu pembikinan video muzik Kelabu dijalankan pada 13 Julai lalu di sebuah bangunan komersial di Damansara, Selangor.
Untuk rekod, lagu ini merupakan kerjasama antara Indigital Music dan Universal Music Malaysia dan video muzik rasmi Kelabu boleh disaksikan menerusi YouTube Indigital Music.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live