Penyanyi Siti Sarah menegaskan tajuk lagu terbarunya, Dap Dap Dap tidak ada kaitan langsung dengan politik.

Ketika dihubungi Gempak, Sarah menyatakan dirinya terfikir untuk menukar tajuk lagu dan melancarkannya semula.

"Lagu Dap Dap Dap bukan lagu politik. Mungkin saya kena tukar tajuk lagu dan lancarkan semula.

"Saya pun taknak la bila lagu ini dikaitkan dengan politik," katanya.

Dalam pada itu, isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu menekankan yang dirinya tidak akan terlibat dengan mana-mana politik.

"Saya memang tak terlintas langsung yang lagu ini akan dikaitkan dengan politik. Lagipun saya tak akan terlibat dengan mana-mana parti.

"Lagu ini secara asasnya tidak terlibat dengan mana-mana ahli politik mahupun mana-mana parti. Lagu Dap Dap Dap itu maksudnya sedap.

"Jadi semua orang boleh bertenang. Kadang-kadang netizen ni pemikiran mereka dah pergi jauh," katanya lagi.

Lagu genre R&B ini adalah hasil ciptaan penuh oleh Yonnyboii ini sudah mendapat lebih 107,000 tontonan di Youtube Indigital Music.

Jom tonton semula Ceria Megastar 2020 menggunakan telefon pintar anda menerusi aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!