Walaupun sebelum ini Danial Zaini akur dengan kemungkinan solo pertamanya, Siti Bilang Cuti tidak akan dimainkan di radio tempatan kerana dia sendiri adalah penyampai radio ERA, namun pihak pengurusannya membuat perancangan yang lebih besar.

"Mungkin orang hanya akan mendengar di platform digital dan YouTube sahaja.
(Baca: Saya Tahu, Sukar Untuk Penyampai Radio Tampil Dengan Single Sendiri)

"Saya berterima kasih kepada Pengurusan saya, Datu Entertainment yang bawa lagu ini begitu besar," jelas Danial.

Menurut Danial, lagu Siti Bilang Cuti telah dimainkan di 76 buah stesen radio di Indonesia termasuklah di Bandung, Jawa Barat, Jakarta, Sukabumi dan banyak lagi.

Malah menurut Danial lagi, dia juga terkejut apabila mendapat panggilan daripada radio di Sukabumi yang memberitahu ramai yang meminati lagu Siti Bilang Cuti.

"Buat masa sekarang saya ada kekangan masa, tapi pastinya saya ingin melebarkan sayap ke Indonesia.

"Walaupun mungkin bukan sebagai seorang penyanyi, tetapi mungkin juga sebagai pelakon atau pelawak di sana," jelas Danial kepada Hlive!

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).