Penyanyi Kucaimars mendapat perhatian peminat selepas menyanyi sebuah lagu cover berjudul Biar Gendut Tetap Cinta nyanyian Cunduk Hura dengan lirik yang agak comel.

Kucai berkongsi video nyanyian itu menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Menyanyikan bait-bait lirik yang sweet dengan mimik mukanya yang comel ternyata lagu tersebut berjaya menambat hati peminat.

Lirik lagu tersebut berbunyi…

“Biar kau gendut, pipi mu tembam tetap ku suka pada mu, body mu bulat, perut mu buncit tetap ku cinta pada mu… Ku cinta kamu adanya, biar gendut tidak masalah…,”

Kan dah cakap org buncit ni comel?

A post shared by Amirul Husyairi (@kucaimars) on


Bagaimanapun, tidak kurang juga ada peminat nakal mengusik seolah-olah lagu tersebut ditujukan buat Kucai sendiri kerana perubahan bentuk badannya yang kelihatan semakin berisi berbanding dahulu.




Selain itu, peminat juga membuat permintaan agar Kucai memuat naik lagu tersebut dalam versi penuh.



Terdahulu, Kucaimars atau nama sebenarnya Amirul Husyairi merupakan bintang Big Stage 2019 dan graduan seni teater dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).