Hiburan

Lagu Ittihad, Kumpulan Rabbani Menang Anugerah Lagu Nasyid Terbaik Di ANAM 2020

Zulaikha Yusof
28/12/2020
00:32 MYT
Lagu Ittihad dendangan kumpulan nasyid popular negara Rabbani merangkul Anugerah Lagu Nasyid Terbaik pada Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM 2020) yang julung kali diadakan malam tadi.
Lagu itu digubah oleh Azmee Abdul Manap atau lebih dikenali sebagai Daqmie.
Selain itu, pemenang lain ANAM 2020 adalah Kumpulan Inteam bagi Anugerah Nasyid Pilihan; Aniq Muhai (Artis Nasyid Baharu Pilihan); Nissa Sabyan (Nasyid Nusantara Pilihan); Sakit (Rakaman Lagu Nasyid Terbaik); Omar K (Susunan Muzik Nasyid Terbaik); Rabbani (Vokal Nasyid Terbaik) dan Ito Lara (Lirik Nasyid Terbaik).
Tiada pemenang untuk Anugerah Video Muzik Terbaik, sementara dua anugerah khas iaitu Anugerah Khalifah diberikan kepada kumpulan Raihan, manakala kumpulan Inteam turut membawa pulang Anugerah Kembara.
Penganjuran majlis anugerah itu menerima 585 penyertaan bagi sembilan kategori yang dipertandingkan dan dua kategori anugerah khas yang dikhususkan kepada individu atau kumpulan yang memperoleh pencapaian tertinggi yang dinilai oleh juri.
Acara itu turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek.
ANAM 2020 merupakan anjuran Majlis Usahawan Nasyid (Munsyid) Malaysia dengan sokongan serta kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
ANAM 2020 diadakan dalam pematuhan norma baharu dengan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 dan buat julung kalinya acara hiburan turut menampilkan jurubahasa isyarat dalam penganjurannya.
Majlis itu turut diserikan dengan persembahan daripada artis terkemuka negara seperti Datuk Jamal Abdillah, Ali Terra Rossa, Akhil Hayy dan Altimet, selain artis nasyid berkumpulan popular Brothers, Rabbani, Raihan dan Hijjaz.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Menang Tiket Ke Konsert Lima Rukun Di ZAYAN, Ini Cara-Caranya!

gempak
08/09/2023
05:49 MYT
Peraduan dibuka dari sekarang hingga 12 September di laman rasmi Zayan.
Laman Utama

Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica & Daqmie Bakal Jayakan Konsert 5 Rukun 15 September Depan!

gempak
21/07/2023
12:52 MYT
Tak sabarnya!
Laman Utama

"Lagu Nasyid Adalah Lagu Yang Dinyanyikan Penggiat Nasyid Sendiri" - Azadan Rabbani

gempak
12/09/2022
04:25 MYT
Azadan Rabbani bersuara tentang kategori lagu nasyid terbaik.
Laman Utama

Salam Takziah...Bekas Anggota Rabbani Azizan Khalid Meninggal Dunia

gempak
09/07/2021
11:10 MYT
Bekas anggota kumpulan nasyid terkenal Rabbani, Azizan Khalid menghembuskan nafas terakhir pada usia 46 tahun Rabu lalu.
Laman Utama

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Sokong Anugerah Nasyid 2020 - "Nasyid Cabang Kesenian Islam & Instrumen Dakwah..."

gempak
10/12/2020
11:00 MYT
Nasyid hiburan positif, mendidik jiwa...