Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lagu Oh My Kadhale Viral Sampai Netizen Beri Jolokan Ikon Perpaduan Negara, Zubir Khan: “Saya Rasa Tak Layak Sebab…”

Khairil Khusyairi
23/08/2024 03:55 MYT
Penyanyi Zubir Khan mengakui terkejut apabila lagu Oh My Kadhale nyanyiannya bersama penyanyi Ezra Kairo mendapat sambutan hebat daripada pendengar.

Menurut Zubir, dia menganggap kejayaan lagu bahasa Tamil tersebut merupakan pemberian daripada Allah S.WT.

“Salah satu perkara yang saya tak pernah terfikir tetapi saya anggap ini adalah pemberian dari Allah. Saya tahu saya ada kekurangan, pernah juga terfikir sebagai orang Melayu menyanyi lagu Tamil masuk atau tidak.

“Saya anggap ini pemberian Allah. Saya boleh cakap bahasa Tamil dan saya tunjuk bakat saya iaitu budak Melayu boleh menyanyi lagu Tamil.

“Saya tinggal di estet. Keliling saya semua orang India,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zubir turut memberi respons apabila ada sesetengah netizen memberi jolokan dirinya sebagai Ikon Perpaduan gara-gara lagu tersebut.

“Saya rasa bangga. Saya rasa mungkin ada orang yang lebih bersesuaian tetapi saya rasa saya tak layak lagi sebab baru sahaja satu lagu.

“Tapi bersyukur orang suka lagu tersebut. Sebelum ini pernah ada kisah kenduri kahwin orang Melayu ada yang main alat muzik India iaitu Urumi.

“Dengan lagu saya ini, orang cakap saya ikon perpaduan jadi saya bangga dan saya tak jangka perkara itu,” luahnya teruja.

Tambah Zubir lagi, dia berharap dapat memberi fokus sepenuhnya terhadap kerjaya nyanyiannya itu tanpa terpalit sebarang kontroversi yang mampu melenyapkan reputasinya.

“Saya sedang menyiapkan mini album yang mempunyai tiga lagu Tamil dan satu lagu Bahasa Melayu yang dicampur dengan Tamil dan lagu bahasa Melayu sepenuhnya.

“Saya perlu rajin buat perkara yang pendengar nantikan, saya tak mahu buat silap. Saya doakan agar saya berada di landasan yang betul,” tutupnya.

Terdahulu, netizen menganggap Zubir Khan mampu menyandang gelaran Ikon Perpaduan selepas lagu Oh My Kadhale tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Zubir Khan Mengaku Pernah Wujud Rasa ‘Insecure’, Ambil Masa Lama Dapat Keyakinan Diri - “Saya Sorok Tangan Saya Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN: Zubir Khan Janji Jumpa Keluarga Zulfarhan Dalam Masa Terdekat - "Sebenarnya Saya Takut Saya Terlalu Sedih Nanti..."

ARTIKEL BERKAITAN: Ketidakupayaan Bukan Satu Halangan: Ini 5 Individu Yang Berjaya Walau Punyai Kekurangan

ARTIKEL BERKAITAN: Ezra Kairo Gembira Lagu Campuran Bahasa Tamil dan Melayu, Oh My Kadhale Terima Sambutan Hangat

ARTIKEL BERKAITAN: Zubir Khan Kerap Terima Soalan Fasal Tangan, Anggap Netizen ‘Tak Perasan’ - “Takkan Nak Sampai Bahu Orang Baru Nak Tahu…”

#Penyanyi #iKon #Perpaduan #Oh My Kadhale #Zubir Khan
;