,
Hiburan

Lagu Sejarah Buah Tangan Istimewa Siti Nurhaliza Usai Dinobat Biduanita Negara, Singkap Perjalanan Seni Hampir 30 Tahun– “Pada Mulanya Nak Masukkan Dalam Album Tetapi…”

Khairil Khusyairi
14/11/2024
03:50 MYT
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja apabila melancarkan single terbaharunya yang berjudul Sejarah usai menerima penganugerahan Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN2024), malam tadi.

'Hold' Lancar Lagu Sejarah

Kongsi Siti atau nama sebenar, Siti Nurhaliza Tarudin, 45, lagu ciptaan maestro muzik terkenal Indonesia, Erwin Gutawa itu pada mulanya akan dimasukkan dalam album ke-20 iaitu Sitism namun ditangguh.
Malah, Siti menyifatkan lagu yang menggunakan khidmat Czech Symphoy Orchestra itu sangat istimewa kerana ia mempunyai signifikan tersendiri dalam karier Siti Nurhaliza yang bakal mencecah usia 30 tahun berkecimpung di dalam industri muzik. “Alhamdulillah, malam tadi saya lancarkan single terbaharu saya iaitu Sejarah.

“Untuk lagu Sejarah ini pada mulanya nak dimasukkan dalam album sebelum ini tetapi kami ‘hold’ dahulu.

“Memang dalam banyak-banyak lagu, lagu ini macam perlu berdiri sendiri sebab muzik yang sangat besar kerana ia menggunakan orkestra dan ada beberapa perkara lain.

“Memang kita simpan dan tak tahu bila nak keluarkan,” ujar Siti.

Buah Tangan Istimewa Singkap Perjalanan Seni

Bagi Siti, Sejarah merupakan sebuah lagu yang sangat istimewa apabila Siti sendiri meminta Erwin menghasilkan sebuah lagu khusus yang menceritakan tentang perjalanan seni beliau.

“Saya sangat berterima kasih kepada Erwin Gutawa yang sudi menghasilkan sebuah lagu yang sangat menyentuh emosi saya apabila menyanyikannya.

“Lagu ini seperti saya berada dalam semua fasa perjalanan seni dan satu persatu memori terbayang sewaktu menyampaikannya,’’ kongsinya.

Sejarah merupakan gandingan Erwin Gutawa bersama anak perempuannya, Gita Gutawa selaku penulis lirik.
Menurut Erwin, lagu Sejarah diciptakan khusus buat Siti Nurhaliza dengan membayangkan keindahan nyanyian serta personaliti yang ada pada penyanyi tersebut.
Siti juga berterima kasih kepada Aubrey Suwito yang telah membantu proses rakaman vokal lagu ini di Kuala Lumpur.
Single terbitan SN Legacy Sdn. Bhd dan Universal Music Sdn Bhd ini boleh distrim dan dilanggan di seluruh pelantar digital bermula 14 November 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Dianugerahkan Biduanita Negara Ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Dianugerahkan Biduanita Negara, Siti Nurhaliza Zahirkan Rasa Syukur - "Ini Lambang Penghargaan Semua Insan Seni Tanah Air"

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Siti Nurhaliza Syukur Terima Gelaran Biduanita Negara, Tiada Dalam Impian - “Bila Niat Kita Ikhlas Perkara Yang Bagus Akan….”

gempak
14/11/2024
12:55 MYT
Menurut penyanyi nombor satu negara itu, beliau percaya apabila seseorang itu mempunyai niat yang ikhlas pasti perkara-perkara baik akan datang kepadanya.
Hiburan

Siti Saida & Sairah Tumpang Gembira Siti Nurhaliza Dinobat Biduanita Negara – “Abah Pasti Bangga, Al Fatihah Buat Abah”

gempak
14/11/2024
07:20 MYT
Umum mengetahui penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN2024), malam tadi.
Hiburan

Sufi Rashid, Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Sabreen Aleyna - "Rasa Excited, Pemberian Allah Terbesar"

gempak
14/11/2024
06:41 MYT
Penyanyi dan usahawan Sufi Rashid dan isteri, Nurulain Md Yusof, memanjatkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata sulung pada 12 November lalu.
Hiburan

Dianugerahkan Biduanita Negara, Siti Nurhaliza Zahirkan Rasa Syukur - "Ini Lambang Penghargaan Semua Insan Seni Tanah Air"

gempak
13/11/2024
15:27 MYT
Dalam satu kenyataan media, pelantun yang popular dengan lagu Aku Cinta Padamu itu berkata beliau tidak melihat anugerah itu sekadar pengiktirafan kepada pencapaian kerja seninya semata-mata.
Hiburan

Siti Nurhaliza Dianugerahkan Biduanita Negara Ketiga

gempak
13/11/2024
14:17 MYT
Penyampaian anugerah ini telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar
Unitar